Page 94 - Pengenalan baru
P. 94
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
Bab 8
MENGAPA PERLU MELANTIK PEGUAM SYARIE?
1) Apabila Melibatkan Prosedur Mahkamah Yang Rumit.
Prosedur mahkamah bukanlah sesuatu yang mudah difahami oleh
orang awam. Setiap kes mempunyai prosedur yang berbeza-beza
antara satu sama lain. Seorang peguam syarie yang berpengalaman
pasti sudah mengetahui prosedur dan tatacara mahkamah syariah bagi
setiap kes.
Oleh itu, melantik peguam syarie adalah penting untuk memastikan
keteraturan dari aspek prosedur seterusnya melancarkan perjalanan
kes di mahkamah dan keputusan hukuman boleh dibuat dengan segera.
2) Apabila Melibatkan Isu Undang-Undang Yang Rumit.
Sesetengah kes amat memerlukan pemahaman undang-undang yang
mendalam terutama ketika membuat rayuan terhadap suatu
keputusan, pastinya akan melibatkan isu undang-undang yang rumit.
Inilah tujuan utama profesyen peguam syarie diwujudkan iaitu untuk
membantu Mahkamah menyelesaikan kes-kes yang melibatkan isu
undang-undang yang rumit dengan membuat kajian perundangan
(‘legal research’) dalam bidang yang didalami oleh setiap Peguam
94 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

