Page 95 - Pengenalan baru
P. 95

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               Syarie. Legal research akan  dimasukkan ke dalam hujah semasa sesi

               penghujahan untuk membantu mahkamah membuat keputusan.




               Hal  ini  bertepatan  dengan  penjelasan  Syaikh  Mohd  Abu  Zuhrah

               berkenaan  tugas  peguam  syarie  “ialah  seorang  yang  alim  tentang


               undang-undang,  yang  mampu  mencari  kebenaran  pihak  yang  benar


               dan  menolak  kepalsuan  pihak  yang  bersalah,  bersandarkan  kepada


               ilmunya mengikut kehendak undang-undang dalam menegakkan hak

               dan  kewajipan  dan  pengekalan  dan  pengukuhan  kepada  kebebasan


               awam”.



               Oleh itu melantik peguam syarie dalam keadaan ini adalah amat perlu


               untuk  memastikan  keadilan  sewajarnya  terhadap  hak  atau  tuntutan


               yang dibuat apatah lagi mustahil seorang Hakim tahu seluruh hukum

               syarak dan prosedur perundangan dalam undang-undang Islam yang


               teramat luas konteksnya.



               3) Apabila Melibatkan Hukum Syarak Yang Mendalam.




               Di mahkamah syariah, selain undang-undang sebagai rujukan, hukum

               syarak juga menjadi rujukan terpenting bagi hakim dalam menjatuhkan


               hukuman atau membuat apa-apa keputusan kepada apa-apa tuntutan.


               Konteks  hukum  syarak  yang  luas,  fleksibel  dan  bermazhab  telah




               95 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100