Page 97 - Pengenalan baru
P. 97

U H A I          A N I T A

                                                                            B e b a s k a n   h a t i m u
                                                                                  Jangan Biar Ianya Tersakiti



               5) Apabila Mempunyai Masalah Pertuturan, Malu Dan Kegugupan.



               Untuk  hakim  memahami  kehendak  tuntutan  atau  dakwaan  sesuatu


               pihak, hakim hendaklah dapat mendengar dan memahami dengan jelas

               keinginan pihak itu melalui lisan atau penulisan. Begitu juga semasa


               perbicaraan,  keterangan  pihak-pihak  secara  lisan  amat  penting


               disampaikan kepada hakim dengan terang dan jelas. Jika tidak, sudah


               tentu hakim tidak dapat meneruskan kes kerana langsung tidak dapat

               memahami butir-butir percakapan pihak itu dan apa yang diinginkan.



               Di  akhir  kes,  kebiasaannya  hakim  akan  meminta  pihak-pihak


               menghujahkan tuntutan masing-masing. Pada waktu inilah kepetahan


               bercakap  amat  penting  untuk  menarik  minat  hakim  memenangkan


               pihak  yang  berkeinginan  itu.  Walaupun  kepetahan  tidak  menjamin

               kemenangan, tetapi ianya perlu untuk meraih simpati dan perhatian


               hakim.



               Selain  itu,  perasaan  malu  juga  boleh  menyukarkan  mahkamah


               memutuskan  sesuatu  hukuman  dengan  tepat  dan  adil.  Contohnya,


               malu  untuk  menceritakan  hal-hal  berkaitan  rumahtangga  dan  hal

               kelamin kerana takut membuka aib keluarga & pasangan.









               97 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102