Page 96 - Pengenalan baru
P. 96
U H A I A N I T A
B e b a s k a n h a t i m u
Jangan Biar Ianya Tersakiti
menjadi satu rahmat agar hakim dapat mencari satu keputusan yang
paling adil kepada sesuatu kes berdasarkan kepada prinsip maslahah.
Oleh itu, peguam syarie yang berkepakaran dalam hukum syarak dapat
membantu mahkamah untuk mengkaji hukum yang paling sesuai dan
adil untuk digunapakai dalam memutuskan sesuatu kes. Oleh itu
keputusan yang dibuat akan memberi keadilan kepada pihak-pihak
dalam kes tersebut.
4) Apabila Melibatkan Isu Pembuktian Yang Rumit.
Di mahkamah syariah, penggunaan qarinah misalnya membantu
mahkamah dalam membuktikan sesuatu perkara atau isu. Qarinah ini
ada kalanya kuat dan ada kalanya lemah menyebabkan mahkamah
tidak boleh menerima qarinah sewenang-wenangnya. Oleh itu, perlu
melantik peguam syarie supaya dapat meyakinkan mahkamah dan
membuktikan bahawa qarinah yang dikemukakan adalah sahih.
Tindakan ini akan mempercepat proses perbicaraan dan melicinkan
perjalanan mahkamah.
Pembuktian kes ada kalanya menjadi sangat sukar, sehingga kepakaran
seorang peguam syarie amat diperlukan bagi memastikan bukti-bukti
yang dibawa adalah bukti-bukti yang tepat dan dapat membantu
mahkamah membuat keputusan.
96 |https://nurhibahconsultants.blogspot.com/

