Page 2 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 2
AMANAT TAHUN 2021
CIKGU HAJI ABD. RAHMAN BIN IBAS
GURU BESAR SK GEMEREH
Assalamu ‘alaikum wrt wbt dan salam kemuliaan semua guru dan anggota kumpulan pelaksana
(AKP).
Semoga kita semua mendapat hidayah, taufiq, ‘inayah dankekuatan daripada Tuhan yang Maha
Esa.
Selamat tahun baru dengan azam baru untuk melakukan transformasi dalam pelaksanaan
tugas masing-masing menuju matlamat SASARAN MIKRO PPPM 2013-2025 iatu : (2 SAHAJA)
BIL PERKARA Panduan dan Instrumen
SKPMg2
1 KUALITI SEKOLAH
(5 Standard, 36 Aspek, 50 TUMS)
2 KUALITI KEMENJADIAN MURID PBS : PP, PBD, PAJSK, PSiKOMETRIK
Bidang tumpuan:
Pembelajaran berorientasikan pertumbuhan (growth) :
1. Mengoptimum KEMENJADIAN MURID dalam tempoh fasa awal persekolahan ( 6 tahun
plus 3 tahun). Tahun 1 hingga Tingkatan 3. Pentaksiran melalui PBS.
2. Tingkatan 4 dan 5 : Peperiksaan dan SPM.
Terima kasih atas khidmat yang cemerlang sepanjang tahun 2020 .
Tahun 2020 adalah tahun mencabar kerana kita berhadapan dengan pandemic Covid-19.
Cabaran ini berterusan di tahun 2021 ini.
Justeru, kita terus mengoperasikan pendidikan kita dengan norma baharu dan menghadapi era
VUCA.
Dalam ujian kehidupan yang Tuhan timpakan ada mengandungi hikmah dan pengajaran. Bijak
menerima dan bertindak menghadapi ujian adalah dituntut. Semoga Tuhan sentiasa
membantu kita. Semoga kita terus cemerlang dan mencapai apa yang dihasratkan dan visi
pendidikan kita.
2

