Page 5 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 5

14.    Kualiti sekolah dan kualiti murid tidak melampaui kualiti guru.


               Kualiti guru menjadi teras utama kecemerlangan sekolah.

               Para  pentadbir,  PT,  PPM,  PO,PA,  pekerja  pembersihan  dan  pengawal  keselamatan  serta
               sokongan PIBG, PIBK , KSIB berganding bahu bersama guru-guru bekerja dan berusaha secara
               kolektif  dan  efektif  menjayakan  sebarang  program  sekolah  sehingga  menuai  hasil  yang
               berkualiti tinggi. Justeru itu kita meneruskan  3 program besar :


                                              1. Membudayakan Al Quran dan ;
                                              2. LDP(Latihan dalam Perkhidmatan) bagi semua kelompok warga SKG.
                                              3. Profesional Learning Community (PLC)

               15.    Ikhlas  ertinya  buat  sesuatu  bukan  mengharapkan  ganjaran  dan  tidak  pula
               mengharapkan ucapan terima kasih. (Rujukan : Surah Al Insan(76), Ayat 9).

                             15.1  Semata-mata kerana Tuhan.  Bukan kerana makhluk. Kerana pencipta makhluk.
               Termasuk  juga  bukankerana  syurga.  Kerana  syurga  juga  adalah  makhluk.  Tuhan  yang  akan
               ‘membeli’ kerja kita. Jangan jual kepada yang lain. Tuhan tidak akan membeli barang yang telah
               kita  ‘jual’  kepada  yang  lain.KeranaTuhan  kita  akan  memiliki  Tuhan.  Memiliki  Tuhan  ertinya
               memiliki  segala-galanya  termasuk syurga.  Kejar  Tuhan  jangan  kejar  syurgaNya.  Syurga  tidak
               ‘membeli’ kerja kita.

                              15.2  Perlu  diingat  bahawa  orang  mendapat  jasa  dan  budi  daripada  seseorang  wajib
               berterima  kasih  kepada  si  pembuat  budi  dan  jasa,  kerana  tanda  terima  kasih  kepada  Tuhan
               adalah berterima kasih kepada manusia. Tidak berterima kasih kepada si pembuat budi dan jasa
               dianggap tidak berterima kasih kepada Tuhan.

               16.    Semoga setiap kerja dan usaha kita dinilai sebagai amal ibadah dan amal taqwa di sisi
               Tuhan bagi meraih keampunan dan keredaanNya. Semoga dengan itu kita selamat di dunia dan

               yang paling penting selamat di akhirat. Mati bukan pengakhiran. Tetapi ia adalah permulaan
               sebuah kehidupan yang tiada penamat. Itulah akhirat namanya. Marilah kita bersama menjaga
               amalan kita agar kita tidak menjadi muflis di sana. Jangan terjadi ‘transfer pahala dan dosa’.“
               Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa”. (Surat Al
               Hujurat(49), Ayat 13).




               Sekian,  ampun maaf dan terima kasih.









                                                              5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10