Page 4 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 4
6. Tahun 2021 juga adalah tahun ke LIMA pelaksaaan KSSR Semakan dengan perubahan
pada mata pelajaran dan peruntukan bilangan jam setahun.
7. Tahun 2021 adalah pelaksanaan program GOOGLE CLASSROOM bersesuaian dengan
PAK21 ( Pembelajaran Abad ke 21 ). SK Gemereh adalah salah sebuah sekolah rintis PAK 21 di
daerah Segamat. Saya berharap kita dapat terus menyediakan kelas dan pembelajaran abad ke
21. Senarai semak PAK 21 hendaklah dijadikan panduan dalam memandu kerja-kerja kita.
8. SK Gemereh telah dipilih menjadi sekolah TS25 mulai Tahun 2020 dengan menjalani Fasa
Latihan (Modul 1 hingga Modul 5. Pada tahun 2021 SKG akan menjalani Fasa ke 2 iaitu Fasa
Transisi. Oleh itu semua warga SKG dimohon memberikan sepenuh kerjasama bagi
menjayakannya.
9. Pada pertengahan tahun 2020, SKG melancarkan penyimpanan fail dalam Google Drive.
Tahun 2021 akan terus dilaksanakan yang meliputi 3 Google Drive iaitu :
9.1 SKPMg2
9.2 Fail PBD
9.3. Fail TS25
10. Nadi kehebatan sesebuah sekolah adalah kehebatan bilik darjahnya. Dari situlah
bermula sebuah demi sebuah kejayaan berlaku. Tumpuan lawatan pemimpin pendidikan juga
adalah bilik darjah.
Keceriaan kelas, sudut-sudut info, keindahan flora, arca fauna dan persekitaran membantu
memotivasikan murid dan sekaligus menyediakan iklim emosi dan fizikal yang kondusif. Tahun
2021 adalah tahun KEDUA 10 TAMAN DALAM SEKOLAH.
INDAH DILIHAT BAHAGIA DI HATI, SEKOLAHKU SYURGAKU.
11. Seseorang murid yang melalui pendidikan sekolah rendah di Malaysia diharapkan
memiliki 4M (3M+ 1M); Membaca, Menulis , Mengira dan Manusiawi. Bagi 3 M ,program
PINCH semestinya menjadi fokus utama. 1M lagi dilatih melalui KBAT dalam PdPc perdana dan
tarbiah memanusiakan manusia. Aplikasi TMK , didik hibur dan pembinaan sahsiah dalam
pembelajaran dipercayai dapat membantu pencapaian 4M dengan cepat dan berkesan.
12. Bagi tahun 2021,tiada Peperiksaan Pertengahan Tahun(PPT) dan tiada Peperiksaan
Akhir Tahun (PAT) untuk murid Tahap 1 dan Tahun 5. Murid ditaksir melalui Pentaksiran Bilik
Darjah ( PBD) . Begitu juga dengan Tahun 6.
13. Saringan kemahiran menulis, membaca dan mengira hendaklah dirangka dan
dilaksanakan intervensi bagi memastikan murid menguasai kemahiran 3 M.
4

