Page 3 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM SK GEMEREH 2021
P. 3

Tuan-tuan dan puan-puan,

               2.     Sekolah  adalah  institusi  pendidikan  yang  menjadi  agen  pembangunan  dan  kemajuan
               negara.  Mendidik  kanak-kanak  pada  hari  ini  untuk  kehidupan  mereka  di  masa  akan  datang
               adalah suatu keperluan.  Oleh itu kita perlu memiliki fikiran menjangkau jauh dan daya usaha
               yang jitu bagi memenuhi  keperluan perubahan zaman. Oleh itu , melaksanakan tugas dengan
               penuh tanggungjawab dan ikhlas adalah menjadi kewajipan semua.


               3.     Bagi  guru-guru,  peranan  kita  adalah  lebih  besar  kerana  tugas  guru  sebagai  pendidik
               untuk  membangun  potensi  individu  dalam  semua  aspek  kehidupan  meliputi  perkembangan
               jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah     (JERIS) .
               Kita pastikan semua murid mencapai 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia  iaitu:
                          1. pengetahuan,
                          2. kemahiran berfikir,
                          3.kemahiran memimpin,
                          4. kemahiran dwibahasa,
                          5. etika  kerohanian dan
                          6. mempunyai identiti nasional

               sejajar  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  .      Pembangunan  modal  insan  perlu  diberi
               perhatian  serius  seawal  kanak-kanak  di  kelas  prasekolah  sehingga  mereka  dewasa    supaya
               mereka berjaya menjadi ‘Global Player’ seperti yang dihasratkan dalam halatuju kepimpinan
               Pengarah  Pendidikan  Johor  dalam  Pendidikan  Holistik  2.0  :  Mengoptimumkan  Potensi,
               Memaksimumkan Keberhasilan.

               4.     Pendidikan sentiasa berubah dan berkembang pesat.  Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia    akan  melonjakkan  prestasi  pendidikan  di  persada  antarabangsa.  Tingkatkan  usaha
               untuk Melindungi Masa Instruksional supaya  pembelajaran berkesan menghasilkan out come
               berkualiti. Kita laksanakan dengan berkesan semua agenda Kementerian Pendidikan Malaysia
               iaitu KSSR, MBMMBI, kerana semuanya adalah ke arah mencapai ;


                   4.1  Visi : Pendidikan  Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dengan  pelaksanaan

                  4.2 Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
               Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

                Kita  gunakan  semua    ruang  dan  peluang  yang  ada  bagi    menggarap  kecemerlangan  untuk
               menjadi bangsa terbilang.


               5.     Tahun  2021  akan  terus  pengauditan  secara  online  penggunaan  SKPMg2  (  Standard
               Kualiti  Pendidikan  Malaysia  Gelombang  2)  bagi  penilaian  2020.  Ia  berfungsi    lebih  sebagai
               membimbing kita  menjadi sekolah yang berkualiti.


                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8