Page 13 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 13

Kesimpulan :
               Pembangunan  teknologi  hijau  di  Malaysia  sepatutnya  mendapat  sokongan  penuh  daripada  semua
               pihak.  Sehubungan  itu,  kita  bertanggungjawab  untuk  memastikan  generasi  akan  datang  dapat
               sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih
               baik dari sekarang.

               Kombinasi Jawapan: Mana-mana 2+3/3+2




               8.    Sistem  pengangkutan  awam  yang  cekap  merupakan  pemangkin  kemajuan  ekonomi  Malaysia.
               Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat tidak berminat menggunakan pengangkutan awam ini.
               Bincangkan.


               Pengenalan:
               Malaysia  telah  mengalami  kepesatan  dalam  sektor  pengangkutan  awam  bagi  sektor  perkhidmatan
               domestik atau antarabangsa dan banyak jaringan jalan raya, transit aliran ringan dan lapangan terbang
               telah dibina bagi memenuhi keperluan semasa.

               Bil.          Isi/Idea                                   Huraian
               A.  Kepentingan
               1     Menjimatkan                Kecekapan sistem pengangkutan awam akan mewujudkan
                     perbelanjaan dan masa       penjimatan perbelanjaan dan masa
                                                Menjimatkan kos hidup dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan
                                                 lain
                                                Tidak perlu berbelanja untuk membeli bahan minyak, bayar tol,
                                                 parkir.

               2     Mengurangkan masalah       Mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan di jalan raya
                     kesesakan jalan raya       Pengangkutan awam seperti kereta api transit aliran ringan
                                                 boleh menampung ramai penumpang dalam satu-satu masa
                                                Masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan
                                                 harian jumlah kenderaan dapat dikurangkan di jalan raya.

               3     Mengurangkan               Sistem pengangkutan awam yang semakin cekap disediakan di
                     pencemaran alam             bandar-bandar utama boleh mengurangkan masalah pencemaran
                                                 udara.
                                                Bilangan kenderaan persendirian semakin berkurangan di dalam
                                                 bandar-bandar utama kerana lebih ramai yang menggunakan
                                                 pengangkutan awam  dan pembebasan karbon monoksida
                                                 melalui asap kenderaan dikurangkan seterusnya mengurangkan
                                                 peningkatan suhu dunia.
               4     Peningkatan produktiviti     Meningkatkan kualiti produktiviti hidup masyarakat
                                                Membolehkan pekerja sektor awam dan swasta menjimatkan
                                                 masa ke tempat kerja
                                                Tiada masalah kesesakan jalan raya dan tiba ditempat kerja
                                                 tepat pada waktunya.
                                                Mengurangkan penggunaan tenaga fizikal akibat pemanduan.

               5     Penggunaan tenaga lebih     Memaksimumkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan
                     cekap                       sumber tenaga
                                                Menjimatkan penggunaan tenaga petroleum dan diesel
                                                Monorel dan komuter mengurangkan penggunaan minyak
                                                 petroleum dan beban kenaikan harga minyak dapat dikurangkan


                                                                                                        13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18