Page 12 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 12

 Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia unuk
                                                menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi
                                                Hijau
                                               Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisma perundangan untuk
                                                mempercepatkan pembangunan Teknologi hijau

               8     Menyediakan               Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor
                     Persekitaran               pembuatan atau perkhidmatan perlu sokongan dari aspek
                     Pembangunan Teknologi      kewangan.
                     Hijau yang Kondusif       Pada masa yang sama, usaha memperkukuh pemahaman
                                                masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan
                                                rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai
                                                program peningkatan industri perlu dilakukan untuk
                                                memudahkan masyarakat menerima konsep dan objektif
                                                teknologi ini.
                                               Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap
                                                Teknologi Hijau yang membantu perkembangan serta penglibatan
                                                dan pembangunan industri tempatan sangat penting
               9     Memperkukuh               Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif
                     Pembangunan Modal          sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Untuk
                     Insan dalam Teknologi      mencapai hasrat ini, bantuan kewangan dan biasiswa untuk
                     Hijau                      pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat
                                                Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah perlu diperkasakan.
                                               Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan
                                                kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi
                                                keperluan industri Teknologi Hijau.
                                               Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja
                                                yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau dan pengekploitasian
                                                program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan
                                                dalam sektor Teknologi Hijau juga perlu diperbanyakkan.
               10    Penggiatan Penyelidikan    Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan
                     dan Inovasi Teknologi      (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik
                     Hijau                      dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan
                                                mempromosikan penggunaannya.
                                               Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan
                                                melalui dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan
                                                swasta dalam RDIC.
                                               Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat
                                                kecemerlangan   atau institut penyelidikan yang baru untuk
                                                perkembangan Teknologi Hijau juga wajar dibentuk.
               11    Promosi dan Kesedaran     Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor
                     Awam                       utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi
                                                Hijau.
                                               Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan
                                                pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah
                                                promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran
                                                maklumat melalui program yang komprehensif untuk
                                                meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau.
                                                Selain itu, penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan
                                                pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan
                                                Teknologi Hijau.
                                               Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan
                                                pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem
                                                sukatan pelajaran yang efektif serta mengadakan Program
                                                demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau
                                                supaya memudahkan masyarakat menerima pakai kelebihan
                                                teknologi ini.


                                                                                                        12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17