Page 11 - Modul Esei PA Sem 2 2021
P. 11

7. Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi
               bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan
               lebih  mesra alam berbanding  dengan teknologi sedia ada. Teknologi  hijau juga  mempunyai potensi
               besar dalam memacu pembangunan negara.



               Bil.  Idea                     Huraian
                     KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU:

               1      Kelestarian hidupan      Menjaga dan meningkatkan kelestarian alam.
                                               Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
                                               Penggunaan segala sumber secara berhemah.
                                               Menjamin pengekalan alam semulajadi.

               2     Pemuliharaan alam         Teknologi rendah karbon seperti penggunaan solar dan hidro.
                     sekitar                   Pembebasan gas rumah hijau yang rendah.
                     semakin meningkat          Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.
                                                Memulihara persekitaran semulajadi untuk mengurangkan kesan
                                                negatif pengeluarannya ke atas aktiviti-aktiviti manusia.

               3     Teknologi mesra alam      Teknologi selamat digunakan.
                                               Penggunaan enjin hibrid dan LPG sebagai bahan bakar
                                                kenderaan.
                                               Menyediakan persekitaran yang sihat

               4     Jimat tenaga dan boleh     Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
                     diperbaharui              Membangunkan sumber tenaga alternatif (tenaga solar, angin dan
                                                biogas).
                                               Mengembangkan penggunaan enjin hibrid.
                                               Pembuatan peralatan atau mesin yang menggunakan tenaga pada
                                                tahap optimum serta mesra alam.
                                               Industri tenaga boleh diperbaharui dan sedang dibangunkan oleh
                                                Malaysia seperti industri solar.

               5     Penyelidikan dan           Membuka ruang kepada para penyelidik untuk meneroka dan
                     Pembangunan atau           memantapkan lagi penyelidikan.
                     Penghasilan produk        Produk yang bersih dan mesra alam. Sebagai contoh, sarung
                                                tangan getah ialah produk terbiodegradasikan (bio-degradable) –
                                                mudah reput dan mesra persekitaran. Penghasilan pinggan dan
                                                bata berasaskan sekam padi. USM membangunkan beg plastik
                                                daripada kulit rambutan.

               6     Melambatkan proses        Kurang pelepasan gas rumah hijau.
                     perubahan                 Masalah pemanasan global dapat dikurangkan.
                     cuaca                     Bencana alam lain seperti ribut, pencairan ais di kutub Utara dan
                                                Selatan, kenaikan paras air laut, kepupusan spesis flora dan fauna
                                                dan sebagainya dapat diminimakan.

                     Usaha Membangunkan Teknologi Hijau
               7     Mengukuhkan kerangka      Penubuhan Majlis Teknologi hijau yang dipengerusikan oleh
                     institusi                  Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk
                                                menyelaraskan peringkat tinggi kementerian, agensi, sektor
                                                swasta dan pihak berkepentingan untuk melaksanakan Teknologi
                                                Hijau yang efektif

                                                                                                        11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16