Page 1 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR SEM 1
P. 1
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
SOALAN STRUKTUR
4 soalan struktur
Masa diperuntukan : 15 minit
Markah diperuntukan : 15 markah
Ciri-Ciri Jawapan Struktur:
1. Tepat dan spesifik
2. Ada 3 elemen utama dalam soalan struktur
a. Isu
b. Fokus Soalan
c. Kata Tugas
KATA TUGAS 1:
1. NYATAKAN / SENARAIKAN
1. Sekadar ‘listing’/ senaraikan sahaja)
2. Menuliskan isi dengan sedikit ayat yang ringkas/frasa
3. Ditulis dalam SATU ayat.
Isu
Fokus Soalan
Contoh soalan :
1. Nyatakan tiga elemen untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia. [3m]
Jawapan: Kata Tugas
1. Calon
2. Pengundi
3. Suruhanjaya Pilihan raya
2. Nyatakan tiga sebab Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara.
[3m]
Jawapan:
Semua undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan perlembagaan akan
terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.
Mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Badan Perundangan, Badan Eksekutif
dan Badan Kehakiman
Kata Tugas Fokus Soalan Isu
3. Nyatakan apakah yang anda faham tentang konsep negara. [2m]
Jawapan:
Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap
yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai kerajaan yang sistematik dan
tersusun
1

