Page 3 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR SEM 1
P. 3
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
Bentuk Soalan/ Fokus Soalan (FS):
Perbezaan antara:
1. Peranan (orang)
Penyelaras
Pengubal
Pentafsir
2. Tugas / tanggungjawab/ fungsi (perbuatan/kata kerja)
Mengawal
Membantu
Menyediakan
Menstabilkan
Membuat
Contoh soalan:
1. Nyatakan tiga peranan Kerajaan?
i. Penyedia kemudahan ekonomi
ii. Penstabil persaingan
iii. Penyedia pelbagai perkhidmatan
iv. Memastikan keamanan dan ketenteraman
3. Nyatakan tiga tanggungjawab/ fungsi/ tugas kerajaan?
i. Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
ii. Mengeratkan perpaduan dan keharmonian.
iii. Menjaga kedaulatan
iv. Mengadakan perhubungan antarabangsa.
Perbezaan antara:
1. Rasional
2. Objektif/ matlamat
3. Potensi
Rasional dan matlamat amat berbeza dan bercanggahan antara satu sama lain. Matlamat
berkisar kepada kesan perkara tersebut dilaksanakan tetapi rasional berkisar kepada
mengapa perkara tersebut dilaksanakan. Potensi pula berkisar kepada apa kelebihan yang
ada pada perkara itu.
1. Rasional pembentukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
a. Mengapa –Memberi peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam
bidang perniagaan.
2. Matlamat IKS
a. Kesan- Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
3. Potensi IKS
a. Kelebihan yang ada – Mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi.
3

