Page 5 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR SEM 1
P. 5

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
                                                    Salmiah binti Ramli
                                Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel

                      FOKUS SOALAN 2:

                          8.     ELEMEN
                                 a. Sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu keseluruhan unsur.


                          Contoh Soalan:
                          Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia?
                                                                                                   [3m]
                          Jawapan:
                              1.  Persempadanan kawasan pilihanraya.
                              2.  Pendaftaran pengundi.
                              3.  Penamaan calon yang bertanding.

                      FOKUS SOALAN 3:

                          9.     KEADAAN/ SITUASI
                                 a. suasana yang meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb);.

                          Contoh Soalan:
                          Terangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih dahulu
                          kepada Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan.?
                                                                                           [4m]
                          Jawapan:
                              1.  Pihak Berkuasa Tempatan hendak melaksanakan sesuatu dasar baharu. Hal ini
                                 bertujuan  supaya  tidak  berlaku  percanggahan  dalam  pelaksanaan  dasar
                                 tempatan dengan Kerajaan Negeri.
                              2.  Pihak Berkuasa Tempatan hendak melantik ahli Majlis. Hal ini kerana perjawatan
                                 baharu akan melibatkan peruntukan kewangan dan ahli harus sehaluan dengan
                                 dasar Kerajaan Negeri.

                      FOKUS SOALAN 4:

                          10.    KEBAIKAN/ KEPENTINGAN

                                 Memulakan dengan perkataan seperti: (Kata Kerja)
                                     1.  Meningkatkan....
                                     2.  Mengurangkan....
                                     3.  Mengekalkan....


                      FOKUS SOALAN 5:

                          11.    PETUNJUK/CIRI-CIRI

                                 Memulakan dengan perkataan seperti: (Kata Adjektif)
                                     1.  Kualiti hidup tinggi.
                                     2.  Pendapatan perkapita tinggi.




                                                            5
   1   2   3   4   5   6