Page 4 - TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR SEM 1
P. 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
                                                    Salmiah binti Ramli
                                Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel

                       Perbezaan  antara:

                          1.  Kesan.
                          2.  Impak.
                          3.  Implikasi negatif.

                       Kesan dan Impak mempunyai perbezaannya. Kesan bermaksud ada kesan positif dan kesan
                       negatif iaitu campuran kedua-duanya. Manakala, Impak bermaksud Kesan yang paling nyata/
                       jelas tentang sesuatu perkara samada  semua kesan positif atau semua kesan negatif (pilih
                       salah satu kesan). Impak negatif pula merujuk kepada kesan negatif sahaja (selalunya tentang
                       isu yang negatif).

                              a.  Kesan
                                      i.  Tulis kedua-dua kesan negatif dan kesan positif.

                              b.  Impak
                                      i.  Kesan yang paling nyata/ jelas tentang sesuatu perkara samada semua
                                         kesan positif atau semua kesan negatif (pilih salah satu kesan).

                              c.  Implikasi negatif
                                      i.  kesan negatif sahaja (selalunya tentang isu yang negatif).

                         Contoh Soalan:
                         Nytakan  tiga  impak  amalan  tadbir  urus  terbaik  dalam  pelaksanaan  projek  program
                         transformasi kerajaan?                                                  [3m]

                         Jawapan:
                              1.  Dasar dan objektif kerajaan tercapai.
                              2.  Sistem penyampaian jabatan kerajaan semakin cekap.
                              3.  Dapat meningkatkan daya saing negara.

                          # semua jawapan kesan positif kerana isu yang diberi adalah isu positif.

                      FOKUS SOALAN 1:

                          7.     CARA/ KAEDAH.
                                 a. Menjelaskan kaedah atau aturan membuat sesuatu.

                          Contoh Soalan:
                          Huraikan dua cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah?
                                                                                           [4m]
                          Jawapan:
                              1.  Melalui surat saman. Surat saman mencatatkan kesalahan, tarikh, dan waktu yang
                                 dituduh hadir ke mahkamah.
                              2.  Melalui  waran  tangkap.  Apabila  seseorang  tertuduh  tidak  hadir di  mahkamah
                                 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran mahkamah, maka waran
                                 tangkap dikeluarkan.
                              3.  Tangkap  tanpa  waran.  Keadaan  ini  berlaku  apabila  tertuduh ditangkap  ketika
                                 sedang melakukan jenayah.



                                                            4
   1   2   3   4   5   6