Page 10 - 60 Years Generating National Statistics
P. 10
Perutusan
Perdana Menteri Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya merakamkan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia kepada negara dalam tempoh 60 tahun
kewujudannya, juga ucapan tahniah di atas kejayaan penerbitan buku khas
sempena ulang tahun tersebut. Saya percaya buku khas Jabatan Perangkaan
Malaysia 60 Tahun Menjana Statistik Negara ini, bukan sahaja mendokumentasikan
lipatan sejarah kemajuan Jabatan malah juga akan menjadi rujukan kepada
generasi akan datang.
Peranan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam menjana statistik rasmi negara
bagi keperluan penggubal dasar untuk pembangunan serta kemajuan negara
amatlah penting dan dihargai. Saya berkeyakinan Jabatan Perangkaan Malaysia
sebagai sebuah agensi kerajaan yang progresif dan dinamik akan terus memberikan
perkhidmatan yang terbaik dalam membantu memenuhi wawasan negara.
Adalah menjadi harapan Kerajaan supaya sistem penyampaian perkhidmatan
Jabatan ini sentiasa mengutamakan pengguna melalui pendekatan penyampaian
yang mantap dan berkesan. Penyebaran maklumat perlu responsif kepada
keperluan penggubalan dasar Kerajaan dan perubahan persekitaran global.
Semua anggota Jabatan ini perlu menyemai prinsip-prinsip perkhidmatan yang
berdasarkan kepada budaya kecemerlangan, ilmu pengetahuan dan perubahan
minda bagi menangani keperluan masyarakat yang progresif.
Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas inisiatif
Jabatan dan semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan buku ini. Semoga
Jabatan Perangkaan akan terus unggul sebagai sebuah agensi kerajaan dalam
memberikan perkhidmatan perangkaan bertaraf dunia.
DATO’ SRI MOHD NAJIB B. TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri
viii
viii

