Page 11 - 60 Years Generating National Statistics
P. 11
Perutusan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi
peluang untuk memberi sepatah dua kata dalam buku bersejarah ini sempena
Sambutan 60 Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada
Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah berusaha dengan gigih bagi memastikan
agensi ini terus unggul sehingga kini.
Sejak penubuhannya pada tahun 1949, Jabatan Perangkaan Malaysia telah
berjaya mengekalkan peranannya sebagai penjana statistik rasmi negara di mana
perkhidmatannya telah dimanfaatkan oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta
dan badan-badan antarabangsa. Jabatan juga telah terlibat secara langsung
dalam membekalkan statistik untuk pembentukan dan penggubalan dasar negara
antaranya penyediaan Rangka Rancangan Jangka Panjang, Rancangan Malaysia
Lima Tahun, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia dan Laporan Ekonomi.
Komitmen berterusan Jabatan dalam membekalkan statistik yang terkini sangat
penting dalam mencapai objektif dan membantu Kerajaan dalam pembentukan
rancangan masa depan negara yang mantap. Berdasarkan semangat dan
komitmen yang telah ditunjukkan oleh warga Jabatan selama ini, saya yakin
Jabatan Perangkaan Malaysia mampu dan berkeupayaan untuk terus
membekalkan maklumat yang menepati aspirasi negara.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah di atas sambutan ulang
tahun ke-60 Jabatan Perangkaan Malaysia. Semoga keunggulan Jabatan ini akan
terus berkekalan.
TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
ix ix

