Page 13 - 60 Years Generating National Statistics
P. 13

Perutusan



                                       Ketua Perangkawan Malaysia













                     Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

                     Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan
                     menerbitkan  buku  Jabatan  Perangkaan  Malaysia  60  Tahun  Menjana  Statistik
                     Negara. Tahniah! Ungkapan yang sewajarnya diberikan kepada seluruh anggota
                     bersempena  Sambutan  60  Tahun  Jabatan  Perangkaan  Malaysia  dan  kejayaan
                     dalam  menghasilkan  buku  Jabatan  yang  mengandungi  sejarah,  aktiviti  dan
                     penglibatan Jabatan secara keseluruhan.

                     Penerbitan  buku  ini  bertujuan  menghargai  sumbangan  dan  jasa  bukan  sahaja
                     warga  Jabatan  pada  masa  ini  bahkan  juga  mantan  pegawai  Jabatan  dalam
                     mengekalkan  kegemilangannya.  Sehingga  kini,  Jabatan  telah  diiktiraf  sebagai
                     agensi yang unggul dalam mengeluarkan statistik dan setanding dengan agensi
                     statistik lain di peringkat antarabangsa.

                     Jika  diimbas  sejarahnya,  Jabatan  ini  bermula  dengan  hanya  melaksanakan
                     pengumpulan data dalam bidang perdagangan dan pertanian, tetapi pada hari
                     ini  telah  meliputi  semua  bidang  perangkaan.  Profesionalisme  anggota  Jabatan
                     juga telah berkembang dan mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara
                     malah  menjadi  pakar  rujuk  di  peringkat  antarabangsa  seperti  dalam  bidang
                     pengumpulan  data  harga  barangan  pengguna,  maklumat  sektor  pembuatan,
                     pelaburan  asing  dan  banci  penduduk.  Ini  merupakan  penghargaan  dan
                     pengiktirafan kepada Jabatan dalam pengumpulan dan penyampaian maklumat.

                     Jabatan juga sentiasa berusaha dengan gigih untuk meningkatkan keupayaannya
                     bagi  memenuhi  keperluan  pengguna  dalam  persekitaran  yang  dinamik  dan
                     mencabar.  Justeru,  inisiatif  yang  berterusan  akan  dipertingkatkan  dalam
                     memperkasakan  peranan  dan  aktiviti  Jabatan  dalam  menangani  cabaran
                     globalisasi.  Penstrukturan  semula  dan  pelan  pengukuhan  Jabatan  yang  meliputi
                     Integrated  Strategic  Planning  termasuk  projek  National  Enterprise-Wide  Statistical
                     Systems berupaya memperkasa dan memodenkan penggunaan ICT menjadikan
                     Jabatan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang.

                     Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi dirakamkan kepada seluruh warga Jabatan
                     di  atas  kejayaan  penghasilan  buku  sambutan  60  Tahun  Jabatan  Perangkaan
                     Malaysia. Saya berdoa agar Jabatan Perangkaan Malaysia akan terus maju dan
                     cemerlang pada masa akan datang.







                     HJH. WAN RAMLAH BT. WAN ABD. RAOF
                     Ketua Perangkawan Malaysia







                                                                                                                 xi xi
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18