Page 12 - 60 Years Generating National Statistics
P. 12

Perutusan



                                    Ketua Setiausaha Negara













                   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


                   Terlebih  dahulu  saya  mengucapkan  syukur  ke  hadrat  Allah  S.W.T  kerana  dengan

                   keizinan  Nya  memberi  peluang  kepada  saya  menyampaikan  sepatah  dua  kata
                   di  dalam  buku  yang  diterbitkan  khas  ini,  sempena  Sambutan  60  tahun  Jabatan
                   Perangkaan  Malaysia.  Saya  juga  ingin  merakamkan  ucapan  tahniah  kepada
                   seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia atas kejayaan meletakkan Jabatan

                   Perangkaan  Malaysia  sebagai  agensi  penjana  statistik  rasmi  yang  dinamik  bagi
                   negara.


                   Banyak  kejayaan  yang  telah  dicapai  oleh  Jabatan  Perangkaan  Malaysia,  baik

                   di  dalam  negara  mahupun  di  persada  antarabangsa.  Namun  demikian,  saya
                   percaya  masih  ada  banyak  ruang  untuk  peningkatan  dan  penambahbaikan,
                   khususnya dari aspek penyampaian maklumat yang komprehensif dan berkesan.
                   Dalam  hubungan  ini,  inisiatif  Jabatan  untuk  mengintegrasikan  inovasi  aplikasi  ICT

                   dalam sistem rangka kerja perkhidmatan perangkaan amatlah dialu-alukan bagi
                   memantapkan  lagi  sistem  penyampaian  perkhidmatan.  Dalam  hubungan  ini,
                   kejayaan  tidak  mungkin  dicapai  tanpa  sokongan,  komitmen  serta  sikap
                   profesionalisme  yang  tinggi  di  kalangan  barisan  kepimpinan  Jabatan  dan

                   anggotanya.


                   Ucapan  setinggi-tinggi  tahniah  kepada  semua  warga  Jabatan  sempena
                   Sambutan 60 Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia. Saya percaya Jabatan akan

                   terus maju melakar kejayaan serta kecemerlangan dalam perkhidmatan.









                   TAN SRI MOHD SIDEK B. HASAN
                   Ketua Setiausaha Negara







       x x
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17