Page 41 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 41
LAPORAN TAHUNAN 2015 39
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
teras strategik 3
MENDAYA UPAYA BAKAT
Mendaya upaya bakat serta meningkatkan kompetensi dan kepakaran anggota DOSM sentiasa diberi fokus
utama dalam merancang pembangunan sumber manusia. Sehubungan itu, teras strategik ini memberi
fokus kepada memperkasakan warga DOSM agar mempunyai pengetahuan yang tinggi, kompeten, kreatif,
inovatif, berintegriti dan berkemahiran dalam bidang teras. Tiga strategi pembangunan modal insan telah
digariskan di bawah teras ini iaitu:
Strategi 1: Memperkasa Pembangunan Modal Insan dan Meningkatkan Profesionalisme
Strategi 2: Meningkatkan Budaya Inovasi dan Kreativiti
Strategi 3: Meningkatkan Keupayaan Penyelidikan dan Analitik
Aktiviti/inisiatif yang ditetapkan pada tahun 2015 telah dicapai mengikut sasaran sebagaimana dirancang.
Pencapaian 2015

