Page 47 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 47

LAPORAN TAHUNAN 2015      45
                                                                       JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


               dengan  tajuk  Kesukaran  Menyediakan  Data     Program Keseimbangan kerja dan
               Petunjuk Ekonomi Negeri Sarawak.
                                                               Kehidupan


                                                               Perkembangan  statistik  di  peringkat  nasional
                                                               dan  global  secara  umumnya  memberi  gambaran
                                                               bahawa  warga  DOSM  bekerja  dalam  persekitaran
                                                               kerja  yang  sentiasa  mendesak.  Warga  DOSM  perlu
                                                               memenuhi  tanggungjawab  bukan  sahaja  kepada
                                                               Jabatan, bahkan kepada ketetapan semasa kerajaan,
                                                               perkembangan  global,  peningkatan  ekspektasi
                                                               pengguna  dan  sebagainya.  Dalam  memastikan
                                                               wujudnya  keseronokan  bekerja  dalam  kalangan
                                                               warga jabatan, DOSM telah menganjurkan pelbagai
                                                               program  di  peringkat  Jabatan,  Bahagian  dan  JP
                                                               Negeri. Antaranya StatsRun 2015, Sukan Antara Zon
                                                               dan Malam Perangkaan yang melibatkan penyertaan
                                                               seluruh warga Jabatan.



                                                               StatsRun 2015


                                                               DOSM telah mengorak langkah dengan mendekatkan
                                                               statistik dengan orang awam melalui Larian Statistik
                                                               (StatsRun). Larian ini telah diadakan pada 17 Oktober
                                                               2015 di Presint 3, Dataran Putrajaya. Larian ini telah
                                                               menarik lebih 4,500 penyertaan yang terdiri daripada
               Hari Integriti                                  pelbagai  lapisan  masyarakat  dengan  penyertaan
                                                               tertinggi  dalam  kalangan  generasi  Y.  Acara  ini

               Hari  Integriti  telah  disambut  pada  25  November   dianjurkan  bersempena  Hari  Statistik  Dunia  kali
               2015 di DOSM, Putrajaya. Sambutan ini bertujuan   kedua  yang  disambut  pada  20  Oktober  2015  yang
               untuk  meningkatkan  kesedaran  integriti  dalam   bertemakan Better Data, Better Live.
               kalangan  anggota  DOSM.  Satu  sesi  perkongsian
               pengalaman telah diberikan kepada warga DOSM    Program  ini  merupakan  anjuran  bersama  DOSM
               oleh  Puan  Shuhairoz  binti  Mohamed  daripada   dengan  Kementerian  Wilayah  Persekutuan  dan
               Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Jabatan   Kesejahteraan Bandar serta Perbadanan Putrajaya.
               Perdana  Menteri  (JPM)  dengan  tajuk  Mendepani
               Cabaran  Semasa.  Agensi  penguatkuasa  seperti
               Suruhanjaya   Pencegahan   Rasuah   Malaysia,
               Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan
               Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut mengadakan
               pameran sempena sambutan ini.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52