Page 43 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 43
LAPORAN TAHUNAN 2015 41
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Kejayaan Pembidaan ISI World Statistics Congress 2019
nd
Malaysia telah berjaya dalam pembidaan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan 62 World Statistics
Congress of the International Statistical Institute (ISI WSC) di Kuala Lumpur pada tahun 2019. Keputusan ini
diumumkan selepas General Assembly ISI WSC ke-60 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil pada 30
Julai 2015. Pembidaan ini diketuai oleh Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia.
Negara komited untuk menganjurkan sebuah perhimpunan yang amat dibanggakan oleh komuniti statistik
dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan, cabaran dan inovasi dalam bidang sains statistik,
sejajar dengan tradisi ISI WSC sepanjang 130 tahun yang lalu.
Penganjuran kongres ini julung kalinya diadakan di Malaysia dan kali kelima di rantau Asia Pasifik. Kongres
yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Julai 2019 merupakan anjuran
bersama DOSM, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Statistik Malaysia (ISM) dengan sokongan
Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB). Sebanyak 2,500 delegasi pakar sains statistik dari
seluruh pelusuk dunia dijangka mengambil bahagian dalam kongres tersebut.
Penganjuran kongres berprestij ini akan menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia dan meningkatkan
peranan negara dalam perkembangan bidang sains statistik. Secara langsung, kongres ini juga dapat
mengukuhkan kepakaran dan memperkasakan sistem statistik negara dalam pelbagai bidang terutamanya
aplikasi statistik, penyelidikan dan inovasi. Pelbagai pihak terutamanya stakeholders, institusi penyelidikan
dan komuniti statistik serta masyarakat bakal mendapat manfaat daripada penganjuran ini.

