Page 44 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 44

42      LAPORAN TAHUNAN 2015
                    JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


            myStats 2015


            DOSM telah menganjurkan persidangan MyStats kali ketiga pada 17 November 2015 dengan kerjasama
            Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Statistik Malaysia (ISM). Persidangan yang dianjurkan dengan
            tema Enriching Statistics in an Inter-connected and Digital World adalah bertepatan dalam menggambarkan
            dunia hari ini yang saling berhubung sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat. Sebanyak 29 kertas
            kerja telah dibentangkan dalam persidangan ini dan lebih daripada 700 peserta telah berkumpul di Sasana
            Kijang, BNM untuk acara tersebut. Terdapat sembilan sesi perbincangan yang telah dijalankan sepanjang
            program ini dengan pembentang dari pelbagai agensi tempatan  dan  luar  negara.  Setiap  sesi  memberi
            platform  yang  berbeza  kepada  peserta  dengan  membentangkan idea yang bernas mengenai pelbagai
            teknik dalam memperkayakan statistik dalam persekitaran ekonomi, kewangan dan digital yang bersepadu.
            Terdapat juga pameran kerjaya yang melibatkan sekurang-kurangnya 250 pelajar dari kalangan penuntut
            universiti dan institusi swasta serta orang awam.



















            Kolokium Statistik                               Forum Pembentangan Data

                                                             Pendapatan Isi Rumah &
            Kolokium Statistik  telah diadakan julung kalinya di
            ILSM pada 27 dan 28 Oktober 2015. Bagi penganjuran   Kemudahan Asas, Gaji & Upah
            tahun 2015, sebanyak 23 kertas telah dibentangkan   dan Guna Tenaga 2014
            oleh  pegawai  daripada  Bahagian,  JP  Negeri  dan
            perkhidmatan kader DOSM. Siri penganjuran kali ini   Pada 9 Julai 2015 bertempat di Dewan Anggerik,
            juga melihatkan kelainan dengan memperkenalkan   Jabatan  Perangkaan  Malaysia,  forum  bagi
            slot  Plennary  Sessions  iaitu  penyelidik  daripada   membentangkan  Data  Pendapatan  Isi  Rumah
            Universiti Sains Malaysia iaitu Prof. Dr. Andrew K.G.   &  Kemudahan  Asas,  Gaji  &  Upah  dan  Guna
            Tan  telah  dijemput  khas  untuk  membentangkan   Tenaga 2014 telah diadakan. Forum ini bertujuan
            hasil  kajian  yang  bertajuk  Empirical  Studies  from   meningkatkan  pengetahuan  dan  kefahaman
            the Malaysian Household Expenditures Survey yang   perangkawan mengenai produk yang dikeluarkan
            telah  dijalankan  di  peringkat  nasional.  Selain  itu,   oleh Jabatan.
            buat pertama kalinya juga, sesi kali ini dapat ditonton
            secara langsung oleh seluruh warga Jabatan melalui   Forum  ini  dikendalikan  oleh  YBrs.  Dr.  Mohd  Uzir
            live streaming di Portal DOSM.                   bin  Mahidin  selaku  moderator  dan  panel  terdiri
                                                             daripada  Pengarah  Kanan  Bahagian  Perangkaan
                                                             Harga,  Pendapatan  dan  Perbelanjaan  (BPHPP)
                                                             dan  Pengarah  Kanan  Bahagian  Perangkaan
                                                             Perkhidmatan      manakala      pembentangan
                                                             disampaikan  oleh  Encik  Shahriman  bin  Haron,
                                                             Timbalan  Pengarah  BPHPP  bagi  hasil  dapatan
                                                             Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan
                                                             Asas  dan  Puan  Riyanti  binti  Saari,  Pengarah
                                                             Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial
                                                             bagi  hasil  dapatan  Penyiasatan  Gaji  &  Upah  dan
                                                             Guna Tenaga.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49