Page 42 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 42

40      LAPORAN TAHUNAN 2015
                    JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


            118 program di institut latihan statistik malaysia (ILSM)


            ILSM telah melaksanakan 118 program iaitu 77 kursus dalaman yang terdiri daripada functional, generic,
            ICT dan behaviour, 23 kursus daripada Bahagian/JP Negeri (adhoc), 15 program 1Malaysia Training Centre
            (1MTC), dua kursus agensi kerajaan lain (OGA course) dan satu Regional Course. Program-program tersebut
            telah disertai oleh 4,523 peserta.

























            Regional Course



            DOSM  dengan  kerjasama  United  Nation  Statistical  Institute  for  Asia  and  the  Pacific  (UNSIAP)  dan
            Regional Institute of United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP)
            menganjurkan First Regional Course on Statistical Business Registers (SBR) di ILSM, Sungkai, Perak dari
            26 hingga 30 Januari 2015. Kursus ini memberi peluang kepada DOSM untuk meningkatkan lagi kualiti
            SBR dan akan menjadi rujukan oleh negara-negara rantau ASEAN dalam mengekalkan kualiti SBR. Tiga
            wakil dari DOSM juga telah membuat pembentangan ketika sesi tersebut. Kursus ini telah disertai oleh 38
            pegawai.











            Susulan  daripada  penganjuran  SBR,  DOSM  telah  melaksanakan  program  sangkutan  pada  4  hingga  10
            Februari  2015  di  ibu  pejabat  DOSM  yang  melibatkan  lapan  orang  pegawai  daripada  Cambodia,  Bhutan,
            Lao dan Sri Lanka. Kursus dan program sangkutan ini merupakan satu platform untuk berkongsi amalan
            terbaik dan pengalaman dalam menangani cabaran serta isu dalam pembangunan, penyelenggaraan dan
            penggunaan SBR.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47