Page 2 - Melcom_Portfolio_Ikan Pelaga_Cheritera Alam
P. 2
KAJIAN PENYELIDIKAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Alunan bunyi gemersik air dalam akurium daripada sang ikan pelaga atau
‘Betta Fish’ yang bergerak indah, menjadikan pemerhati terpesona apabila
melihatnya. Tidak hairanlah jika pergerakan ekor dan sirip ikan pelaga
dianggap sebagai satu terapi untuk menghilangkan tekanan emosi dan
perasaan manusia. Pernyataan ini telah disokong oleh penulis Helena Hon
dan Joan Fam menerusi artikel bertajuk ‘The Miracle of Animal Assisted
Therapy in Malaysia.’ Menurut Joan Fam, H. H. (2021), haiwan menghidupkan
manusia dengan kehidupan dan telah terbukti ianya memberikan hasil positif
kepada golongan tua, muda, tekanan emosi dan perasaan. Terapi psikologi
seperti ini memberi ketenangan kepada orang yang cemas, senyuman kepada
orang tua malah kebahagiaan kepada orang dewasa.
Dari segi ekosistem pula, hubungan antara haiwan dan manusia saling
memerlukan antara satu dengan yang lain iaitu manusia dengan haiwan boleh
mencetuskan hubungan alam yang lestari. Keseimbangan ekosistem diantara
manusia dan haiwan dapat dilihat pada teori Biofilia yang mengatakan
interaksi antara manusia dengan haiwan dapat memberikan perasaan positif
kepada manusia.
Teori Biofilia adalah istilah yang diciptakan pada tahun 1984 oleh naturalis
Edward Wilson. Biofilia bermaksud "cinta akan kehidupan," iaitu merujuk
kepada cara manusia secara alami tertarik dan mendapat manfaat dari
hidupan seperti haiwan peliharaan dan tumbuhan. Justeru itu, ikan pelaga
juga secara langsung mempunyai elemen Biofilia yang dapat memberikan
manusia suatu nilai penghargaan ekosistem dan alam sekitar. Menurut Hanafi
Muljohardjono, D. M. (n.d.), menyatakan bahawa Animal Assisted Therapy
(AAT) adalah pemanfaatan daripada haiwan sebagai terapi kepada
penyembuhan psikologi manusia.

