Page 3 - Melcom_Portfolio_Ikan Pelaga_Cheritera Alam
P. 3

1.2 Permasalahan Kajian


                   Kecantikan pada bentuk fizikal dan warna yang menarik telah menjadikan

                ikan pelaga sebagai haiwan peliharaan yang popular pada masa kini dan
                mendapat permintaan yang tinggi daripada golongan pengusaha ikan. Ini

                dapat dilihat pada warna ekor ikan pelaga yang cantik dan siripnya yang unik

                telah menjadikan harga ikan pelaga sangat bernilai serta eksklusif di
                pasaran. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang hanya

                mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kesejahteraan hidup ikan

                tersebut malah kadang kala mengabaikan penjagaan ikan pelaga. Ini kerana,
                ikan pelaga sangat sensitif terhadap persekitaran yang sempit dan

                ditempatkan dalam keadaan yang tidak sesuai seperti dalam beg plastik,

                botol atau balang yang boleh mengakibatkan kemudaratan sehingga
                membawa kematian kepada haiwan berkenaan. Menurut Raman, M. (2020),

                trend segelintir masyarakat tempatan yang memelihara ikan peliharaan

                seperti dalam balang dan botol kecil pada masa kini menjadi suatu

                permasalahan yang serius kepada penjagaan ikan. Ini kerana air boleh cepat
                menjadi toksik akibat ammonia yang terkumpul daripada sisa ikan tersebut.



                Justeru itu timbul beberapa persoalan dalam kajian ini antaranya ialah:

                i.  i. Apakah ciri-ciri ikan pelaga?

                ii.  ii. Adakah ikan pelaga berpotensi menjadi terapi kepada manusia?
                iii. iii. Apakah elemen atau tarikan yang terdapat pada ikan pelaga.


          1.3 Objektif Kajian


                Antara objektif dalam kajian penyelidikan ini ialah:

                i.  i. Mengenalpasti ciri-ciri ikan pelaga.

                ii.  ii. Menjelaskan potensi ikan pelaga sebagai terapi kepada manusia.

                iii. iii. Menghasilkan karya catan ikan pelaga berkonsepkan cheritera alam.
   1   2   3   4   5   6   7   8