Page 7 - Melcom_Portfolio_Ikan Pelaga_Cheritera Alam
P. 7
3. Ikan Laga Double Tail Betta (DT)
Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
Ekor terbelah dua menjadi simbolik jenis ikan Double Tail Betta ini
kerana alunan ekornya ketika bergerak kelihatan seperti ada dua ekor
ikan. Keluarga DT atau nama lainnya Ikan Laga Ekor Cabang datang
dari pelbagai jenis ikan seperti Halfmoon, Crowntail, Veiltail, dan Giant.
DT yang asli boleh dilihat daripada ekor belakangnya berbentuk tepat
180 darjah dan belahan di hadapan pula berbentuk semetri.
4. Laga Crowntail Betta
Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
Crowntail Beta digelar Ikan Laga Matahari kerana ekornya yang
kelihatan seperti pancaran sinaran cahaya matahari. Orang Barat
melabel bentuk ekornya seperti Mahkota atau Crown. Di Negara
Indonesia pula ikan jenis ini dikenali sebagai Chupang. Bentuk ekornya
bergantung pada jumlah atau bilangan tulang dan cabang. Cabang
ekor belakang ikan yang sempurna iaitu 180 darjah serta banyak,
boleh mempengaruhi nilai harga ikan jenis ini.

