Page 5 - Melcom_Portfolio_Ikan Pelaga_Cheritera Alam
P. 5
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini, dapat dijadikan sebagai panduan kepada golongan pengkarya
tempatan yang mempunyai keinginan dan berminat untuk mengaplikasikan
ikan pelaga sebagai hal benda (Subject Matter) dalam penghasilan karya
seni catan. Dengan adanya panduan kajian ianya dapat membantu
pengkarya untuk menghasilkan karya secara lebih sistematik.
Selain itu, pengkarya tempatan akan dapat memahami ciri-ciri ikan pelaga
jika mempunyai panduan kajian penyelidikan lepas. Seterusnya, kajian ini
juga menjelaskan potensi ikan pelaga sebagai terapi psikologi kepada
manusia. Ini termasuklah dalam memberikan nilai penghargaan yang positif
kepada manusia iaitu merujuk kepada pengamatan manusia secara alami
dan mendapat manfaat daripada haiwan peliharaan seperti ikan pelaga.
Disamping itu, kajian ini dapat memberi pemahaman dan pengetahuan
yang luas tentang ikan pelaga kepada golongan masyarakat seperti
golongan muda serta remaja untuk menghargai ekosistem alam sekitar.
Kajian ini juga akan menerangkan tentang cara-cara menghasilkan catan
berkonsepkan cheritera alam dengan berpandukan model ‘Organic Unity’
oleh Ocvirk (2001) iaitu subjek, bentuk dan makna.

