Page 20 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 20
Menelan
Dewasa
Saatku melangkah ke alam dewasa,
Tidak ada ruang untuk berganjak pulang,
Ke alam yang membuat hatiku patah,
Rasa yang tidak sempurna,
Gelisah yang menyelubungi jiwa,
Dan menghadap dusta yang pahit.
Apabila usia bertambah angka,
Hidup kian sukar untuk dilangkah,
Biarpun berakal,
Dan indah paras rupa.
Menelan dewasa,
Bagai bergelut dengan rasa,
Dan menempuh binasa tanpa disangka,
Ujian demi ujian menimpa,
Hatiku bergelut,
Mencari erti ketenangan.
Namun,
Kedewasaan penuh dengan kisahnya,
Yang tidak punya penghujung,
Walaupun dengan suka dan duka,
Nangis dan tawa,
Kuharungi walau hati meronta-ronta
untuk berputus asa.
NUKILAN: NUR SYAWANA BINTI
ABDUL RASHID, PISMP, BM 2

