Page 10 - MODUL PIKeBM
P. 10
SEUNGKAP KATA SEMANIS BICARA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Modul Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) atas kejayaan membangunkan
Modul PIKeBM bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Modul PIKeBM ini merupakan anugerah sulung yang amat istimewa kerana
lahir untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum secara sistematik sekali gus meningkatkan penguasaan dan kecekapan
berbahasa murid dalam bahasa Melayu. Penghasilan modul ini sebagai tanda sokongan terhadap Pelan Hala Tuju Memartabatkan Pendidikan
Bahasa Melayu 2016 hingga 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM telah memberikan mandat kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) sebagai peneraju utama bagi perancangan, pelaksanaan
dan penyelarasan program bahasa Melayu serta meluluskan peranan bahagian KPM yang terlibat dalam menjayakan semua program yang dirancang. Saya
mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kerjasama mantap dan erat yang telah diberikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) sebagai
pihak yang telah diberikan mandat untuk membangunkan Modul PIKeBM ini berjaya merealisasikan hasrat KPM dengan sangat cemerlangnya. Saya percaya
bahawa objektif program ini pasti berjaya dengan adanya kesepakatan dan kesepaduan semua pihak. Marilah ke hilir sama berkayuh, ke hulu sama bergalah,
ke atas sama tinggi dan ke bawah sama rendah.
Sehubungan dengan itu, perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akademik
dan kokurikulum yang diadun mesra menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan pedagogi terkini agar murid yang dilahirkan terus
berjaya, berdaya saing dan dihormati apabila berada dalam pasaran kerjaya. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara berterusan pasti memberikan faedah
dan pengalaman yang bermakna kepada murid dalam pemupukan bakat yang bertunjangkan kepada jati diri masyarakat Malaysia untuk menggunakan bahasa
Melayu yang betul.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah membangunkan Modul PIKeBM ini. Saya berasa amat bangga kerana
Modul PIKeBM ini merupakan satu sumbangan yang bermakna untuk dunia pendidikan yang dapat dijadikan panduan dan pegangan oleh guru di Malaysia.
Akhir kalam, komitmen dan usaha murni semua pihak dalam membangunkan Modul PIKeBM ini diharap dapat memperkasakan kegiatan kokurikulum dalam
pendidikan negara di samping mampu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
DR. HAJAH MARIDAH BINTI ALIAS
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur.
4
SM siap NEW.indd 4 12/03/2019 5:43 PM

