Page 14 - MODUL PIKeBM
P. 14

SEUNTAI KATA SEINDAH BICARA







 Bismillahirrahmanirahim,
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
 Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Modul Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) Sekolah Rendah dan
 Sekolah Menengah dapat dibangunkan dengan jayanya. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang sentiasa
 berusaha gigih bersama-sama membangunkan modul ini dan kerjasama yang mantap ini bersesuaian dengan peribahasa “yang ringan
 sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.”

 Institut  Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Bahagian  Kokurikulum dan Kesenian (BKK)  amat berharap agar modul ini dapat membantu guru
 menjalankan aktiviti kokurikulum secara sistematik dengan adunan kemahiran bahasa yang disusun rapi. Strategi yang sebegini secara tidak langsung adalah
 untuk meningkatkan pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui aktiviti kokurikulum yang berstruktur. Modul yang dihasilkan
 telah dirancang dengan rapi dan teliti dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah
 menengah.


 Saya berharap agar pembugaran aktiviti kokurikulum yang menggarapkan kemahiran lisan yang terancang, mampu mencapai matlamat untuk memartabatkan
 pendidikan  Bahasa  Melayu  seperti  yang dihasratkan  oleh  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Isi kandungan  modul  ini  telah  disusun  dengan  teliti untuk
 membolehkan murid mempraktikkan secara berterusan kemahiran lisan dengan berlandaskan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, saya percaya bahawa
 usaha murni ini dapat menjadi wadah pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penyerapan nilai murni dapat disebatikan dalam jiwa warga sekolah
 melalui penggunaan bahasa yang berhemah.


 Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah berusaha membangunkan Modul PIKeBM ini. Semoga modul ini mampu mencapai objektif dan
 seterusnya memacu pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

 Sekian, terima kasih.

 LOKMAN BIN ABD WAHID
 Pensyarah Kanan
 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
 Merangkap
 Pengurus Program
 Inisiatif 108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu
 Kementerian Pendidikan Malaysia.








 6




 SM siap NEW.indd   6                                                        12/03/2019   5:43 PM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19