Page 13 - MODUL PIKeBM
P. 13
SEUNTAI KATA SEINDAH BICARA
Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Modul Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah dapat dibangunkan dengan jayanya. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang sentiasa
berusaha gigih bersama-sama membangunkan modul ini dan kerjasama yang mantap ini bersesuaian dengan peribahasa “yang ringan
sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.”
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) amat berharap agar modul ini dapat membantu guru
menjalankan aktiviti kokurikulum secara sistematik dengan adunan kemahiran bahasa yang disusun rapi. Strategi yang sebegini secara tidak langsung adalah
untuk meningkatkan pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui aktiviti kokurikulum yang berstruktur. Modul yang dihasilkan
telah dirancang dengan rapi dan teliti dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah
menengah.
Saya berharap agar pembugaran aktiviti kokurikulum yang menggarapkan kemahiran lisan yang terancang, mampu mencapai matlamat untuk memartabatkan
pendidikan Bahasa Melayu seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Isi kandungan modul ini telah disusun dengan teliti untuk
membolehkan murid mempraktikkan secara berterusan kemahiran lisan dengan berlandaskan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, saya percaya bahawa
usaha murni ini dapat menjadi wadah pemupukan perpaduan dalam kalangan rakyat dan penyerapan nilai murni dapat disebatikan dalam jiwa warga sekolah
melalui penggunaan bahasa yang berhemah.
Akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah berusaha membangunkan Modul PIKeBM ini. Semoga modul ini mampu mencapai objektif dan
seterusnya memacu pendidikan negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
LOKMAN BIN ABD WAHID
Pensyarah Kanan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Merangkap
Pengurus Program
Inisiatif 108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia.
6
SM siap NEW.indd 6 12/03/2019 5:43 PM

