Page 12 - MODUL PIKeBM
P. 12

SEUNTAI KATA SETEGUK BICARA







 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


 Anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2016 hingga 2025 adalah untuk memastikan setiap murid menguasai
 kemahiran berbahasa. Aspek penguasaan bahasa menjadi tumpuan penting dalam proses perubahan sistem pendidikan negara kerana
 pembentukan murid yang fasih dan yakin berbahasa mampu meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

 Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberikan mandat untuk membina Modul Program
 Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) bagi Sekolah Rendah dan Menengah. PIKeBM ini sebagai wadah pengembangan bakat
 murid dan bertujuan memperluas aktiviti bahasa Melayu dalam semua peringkat persekolahan dengan memperkukuh penggunaan bahasa Melayu menerusi
 aktiviti kokurikulum. Selain itu, PIKeBM ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan melahirkan murid yang berkeupayaan bertutur,
 berhujah, menyampaikan idea yang bernas menggunakan bahasa Melayu yang standard dan menghasilkan penulisan pelbagai genre. Program ini diharapkan
 dapat membentuk dan melestarikan budaya berbahasa Melayu dalam kalangan murid.


 PIKeBM dilaksanakan secara sisipan wajib dalam waktu aktiviti kokurikulum melalui pembelajaran berasaskan inkuiri yang bersifat santai serta menyeronokkan.
 Aktiviti ini dapat mengukuhkan kemahiran bertutur murid dengan menggunakan perkataan yang sesuai, kosa kata yang luas dan ayat yang tersusun. Murid
 akan menggunakan kebolehan berbahasa yang sedia ada secara bersahaja tetapi dapat memberikan impak. Pelaksanaan aktiviti ini dapat membiasakan murid
 menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian.


 Syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Kerja Penyediaan Modul PIKeBM yang terdiri daripada kalangan pensyarah, pegawai di Kementerian Pendidikan,
 pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai SISC+, guru Pentadbir Sekolah, guru sekolah rendah dan menengah
 serta semua pihak yang telah berjaya merangka dan menghasilkan Modul Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM), Kementerian Pendidikan
 Malaysia. Semoga hasrat KPM melalui PIKeBM ini tercapai dengan baik dan sempurna.


 Sekian, terima kasih.



 ROZAINUM BINTI AHMAD, K.M.N
 Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
 Kementerian Pendidikan Malaysia.












                                                                                   5




 SM siap NEW.indd   5                                                        12/03/2019   5:43 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17