Page 28 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 28

Manual Pengurusan Sekolah 2021






                                                   DOA GURU



                                                         YA ALLAH !
                                        Jadikanlah  aku seorang ibu, bapa, guru yang baik.
                  Biarkan aku benar-benar memahami anak-anak didikku, mendengar dengan tenang dan sabar apa
                    yang mereka hendak katakan kepadaku dan menjawab semua soalan mereka dengan jujur dan
                                                           benar.

                       Lindungilah aku daripada mengganggu mereka atau membangkang sesuatu yang akan
                            mengganggu pertumbuhan sihat rohani, jasmani, emosi dan mental mereka.
                                      Biarlah aku menjadi teladan beradab kepada mereka.

                    Jangan hendaknya aku mentertawakan kesilapan mereka, memalukan atau memperbodohkan
                  mereka apabila mereka berbuat sesuatu yang menyakiti hatiku. Jauhi aku dari menghukum mereka
                   untuk memuaskan hawa nafsuku atau untuk menunjukkan kekuasaanku. Jangan hendaknya aku
                                     tersilap ajar mereka sehingga mereka bercakap bohong.

                  Tunjukkan jalan padaku setiap saat hingga aku dapat membuktikan apa yang aku inginkan adalah
                           kebajikan dan kejujuran hati yang mendorong dan membuahkan kegembiraan.

                                                        YA RAHMAN !
                                Kurangkanlah kekejaman dalam diriku apabila aku berfikiran kusut.

                                                         YA TUHAN !
                                   Tolong berikan petunjuk kepadaku. Ingatkanlah aku sentiasa.
                          Supaya aku tidak menghamburkan kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat.
                  Ingatkanlah aku sentiasa bahawa anak didikku masih keanak anakan dan jauhkan diriku daripada
                                                      menzalimi mereka.

                                                         YA RAHIM !
                 Jangan hendaknya aku merampas daripada mereka peluang untuk mereka menolong diri sendiri dan
                   merampas peluang mereka membuat keputusan sendiri. Berikanlah aku fikiran yang luas supaya
                   aku dapat memberi kepada mereka kemudahan yang berpatutan yang mereka minta daripadaku
                  dan biarlah aku bertegas untuk menolak permohonan mereka jika permohonan itu membahayakan
                                                         diri mereka.

                                                         YA RABBI !
                  Didiklah aku dan layakkanlah aku untuk mendapat hormat daripada anak-anak didikku dan jadikan
                                                 aku teladan yang diredhaiMu.

                                         Perkenankanlah Permohonanku Ini  YA ALLAH!








                                                                                                         23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33