Page 33 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 33

Manual Pengurusan Sekolah 2021




                        6.4.    Cuti Tanpa Rekod
                               6.4.1   Cuti ini diberi untuk perkara-perkara berikut:
                               6.4.2   Cuti Latihan Pasukan Sukarela yang diiktiraf oleh kerajaan
                               6.4.3   Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan
                               6.4.4   Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
                               6.4.5   Cuti Memasuki Peperiksaan Jabatan (PA 44 BAB C)
                               6.4.6   Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
                               6.4.7   Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan [PA 46(b) Bab C 1974] 5.
                               6.4.8   Cuti Tugas Khas Perubatan [PA 47 Bab C 1974] 3.
                               6.4.9   Cuti  Isteri  Bersalin-  Dibenarkan  sebanyak  5  kali  sahaja  dalam  tempoh  perkhidmatan  kepada
                                      pegawai lelaki kerana isteri bersalin. (Perenggan 58.2 PP 9/1991).
                               6.4.10   Tempoh :7 hari (PP 9/2002)
                               6.4.11   Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat – ibu bapa / isteri / suami dan ibu bapa mertua / anak
                                      angkat yang sah dari segi undang-undang. (JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) ). Tempoh : 3 hari (
                                      PP 10/2002)
                               6.4.12   Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program MSN.
                               6.4.13   Mengikuti  Kursus  Intensif  Di  Bawah  Program  PJJ  -  Salinan  perakuan  surat  beserta  borang  cuti
                                      tanpa rekod hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

                 7.0    LAWATAN PERSENDIRIAN KE LUAR NEGERI
                        7.1.   Guru  yang hendak ke luar negeri dikehendaki menyempurnakan borang permohonan ke luar negeri 5 minggu
                               sebelum tarikh lawatan walaupun melibatkan cuti sekolah.
                        7.2.   Borang permohonan lawatan persendirian ke luar negeri hendaklah disempurnakan  melalui pengetua.
                        7.3.   Lawatan persendirian guru ke luar negeri hendaklah dibuat dalam waktu cuti persekolahan.

                 8.0    PAKAIAN
                         8.1   Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
                         8.2   Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
                         8.3   Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
                         8.4   Guru lelaki tidak dibenarkan memakai kopiah sewaktu bertugas.
                         8.5   Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut
                               sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
                         8.6   Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis
                         8.7   Semua guru hendaklah memakai pakaian seragam unit beruniform pada setiap hari Selasa
                         8.8   Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai
                               8.8.1.   Guru Perempuan :-
                                       Seluar trek/seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek.  Kasut  sukan atau getah
                                       tanpa tumit.
                               8.8.2.   Guru Lelaki :-
                                       Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan
                                       atau kasut getah tanpa tumit.

                 9.0    PERHUBUNGAN SESAMA GURU
                         9.1   Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang  baik  dan sihat sesama  guru dan sentiasa
                               dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharap akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
                         9.2   Guru  tidak  dibenarkan  mempengaruhi  atau  memaksa  pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan  kepada  guru,
                               pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
                         9.3   Perhubungan yang  berbentuk kumpulan yang  berdasarkan kepada kaum, status sosial ekonomi, kelulusan dan
                               sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

                 10.0   BILIK GURU
                         10.1   Kebersihan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda bilik guru.
                         10.2   Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa inilah dianggap sebagai ‘Non teaching
                               period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara
                               berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
                         10.3   Guru tidak digalak membenarkan pelajar berada di dalam bilik guru.
                         10.4   Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan
                               tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
                         10.5   Sebarang aktiviti  berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru
                         10.6   Sesiapa  yang  terakhir  meninggalkan  bilik  guru  hendaklah  memastikan  semua  komputer,  lampu,  air  cond
                               dipadamkan dan semua pintu dikunci.




                                                                                                         28
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38