Page 31 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 31
Manual Pengurusan Sekolah 2021
DASAR DAN PANDUAN AM UNTUK GURU DAN KAKITANGAN
SMK PADANG MIDIN
1.0 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.
Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2 Guru-guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am
dan Arahan Perkhidmatan.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan
sebagai satu pekerjaan/mata pencarian.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan cemerlang.
1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.
1.6 Guru hendaklah meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan peribadi dalam
menjalankan tugas.
1.7 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru terhadap masalah disiplin dan akhlak pelajar.
1.8 Guru digalakkan mengenali pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
serta menghormati mereka.
1.9 Semua surat-menyurat kepada Jabatan Pendidikan hendaklah disalurkan melalui dan salinan Pengetua.
1.10 Guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.11 Guru dan kakitangan mestilah mendapat kebenaran Pengetua sekiranya ingin pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri
atau Kementerian Pendidikan Malaysia atas urusan rasmi.
1.12 Guru ganti dikehendaki masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan.
1.13 Guru sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
1.14 Guru-guru hendaklah hadir ke sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan apabila diarahkan oleh Pengetua.
1.15 Guru-guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan pelajar semasa kegiatan di luar
sekolah
1.16 Waktu persekolahan rasmi bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang
1.17 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah
1.18 Bekerja sebagai sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi , Matlamat dan Objektif Sekolah.
1.19 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
1.20 Semua guru adalah guru disiplin
1.21 Semua guru adalah guru kaunseling
2.0. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu bertugas mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan merekodkan kehadiran semasa
sampai dan sewaktu pulang sekolah
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang
sewajar. Guru-guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
2.5 Guru dikehendaki menepati masa masuk dan keluar kelas
2.6 Guru waktu pertama mestilah berada bersama pelajar bagi mengaminkan doa
2.7 Guru waktu akhir mestilah memastikan kelas berada dalam keadaan bersih, tingkap ditutup dan meninggalkan
kelas selepas semua pelajar keluar dari kelas.
2.8 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
3.0 PERKHIDMATAN PELANGGAN
3.1 Guru-guru mestilah prihatin dalam proses pembelajaran pelajar, agar prestasi kian meningkat. Sebarang masalah
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau Guru Kanan Mata Pelajaran atau
Penolong Kanan.
3.2 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, kecuali dalam
masa kecemasan
3.3 Semua guru adalah guru disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab bersama terhadap masalah disiplin dan akhlak
pelajar.
3.4 Semua guru adalah kaunselor. Guru-guru bertanggungjawab mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan
dan kebersihan pelajar.
3.5 Guru-guru dikehendaki sedia mendengar pemasalahan pelajar, bersikap tegas, elakkan daripada melakukan
kekerasan
3.6 Guru-guru hendaklah sentiasa berkhidmat dengan sebaik-baiknya, mesra dan ikhlas untuk memuaskan hati
pelanggan.
26

