Page 32 - Manual Pengurusan SMKPM Tahun 2021
P. 32

Manual Pengurusan Sekolah 2021



                 4.0    KELUAR WAKTU BERTUGAS
                        4.1    Guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana berkursus, menjadi fasilitator, memberi ceramah atau lain-lain
                               arahan Jabatan diminta menyediakan bahan pengajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
                        4.2    Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu
                               perkara yang tidak dapat dielakkan atau  arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan
                               syarat mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan.
                        4.3    Guru  yang  meninggalkan  kawasan  sekolah  atau  urusan  peribadi  mestilah  memohon  cuti  rehat  khas  sekiranya
                               tempoh  masa  keluar  pada  hari  tersebut  melebihi  4  jam.    Bagi  guru-guru  yang  ada  temu  janji  hospital  –  sila
                               dapatkan time slip / cuti sakit.
                        4.4    Semua guru dan AKP dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi
                               buku kebenaran keluar serta dapatkan tanda tangan sebagai tanda kebenaran
                        4.5    Semua guru dan AKP hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk semula.

                 5.0    MELAKUKAN KERJA LUAR
                        5.1.    Penjawat awam termasuk guru dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab “D” seperti
                                berikut :
                                5.1.1.   Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan
                                5.1.2.   Dibenarkan dengan syarat :
                                       5.1.2.1.  Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
                                       5.1.2.2.  Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
                                       5.1.2.3.  Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
                        5.2.    Berhubung  dengan  menjalankan    tuisyen  di  rumah,  guru-guru  diingatkan  bahawa  tindakan  tersebut  adalah
                                melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 79 (1) dan Subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda
                                tidak melebihi RM 30,000 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
                                tahun atau kedua-duanya sekali.

                 6.0    CUTI
                        6.1.    Cuti Rehat/Cuti Penggal
                                Mengikut   surat   Pekeliling   Kementerian   Pelajaran   KP(PP)   0046.   SJ/A(30)
                                bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk  menggantikan cuti rehat.
                                Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun
                                untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

                        6.2.    Cuti Rehat Khas (CRK)
                                6.2.1.   Guru  layak  mendapat  10  hari  cuti  rehat  khas  berdasarkan  tempoh  perkhidmatannya.  Walau
                                       bagaimanapun,  Cuti  Rehat  Khas  guru  adalah  tertakluk  kepada  kelulusan  pengetua.  Sila  rujuk  Surat
                                       Pekeliling Perkhidmatan yang menggantikan Cuti Sambilan.
                                6.2.2.   Guru-guru yang tidak  hadir bekerja tanpa Sijil Sakit atau urusan rasmi yang diluluskan, dikehendaki
                                       meminta  cuti  terlebih  dahulu  dengan  menyempurnakan  Borang  Permohonan  Cuti  Rehat  Khas  (jika
                                       layak).
                                6.2.3.   Guru  boleh  mengambil  Cuti  Rehat  Khas  jika  ada  urusan  kecemasan  /  masalah  yang  tidak  dapat
                                       dielakkan. Walau bagaimanapun, Cuti Rehat Khas guru adalah tertakluk kepada kelulusan pengetua.
                                6.2.4.   Borang Permohonan Cuti hendaklah disempurnakan sebelum tarikh cuti diambil.  Pengecualian boleh
                                       dibenarkan atas sebab kecemasan sahaja.
                                6.2.5.   Cuti Rehat Khas guru tidak boleh digunakan untuk tujuan melancong.

                        6.3.    Cuti Sakit
                                6.3.1   Guru yang sakit dan tidak dapat hadir bertugas hendaklah menghubungi pengetua, GPK Pentadbiran
                                      dan pejabat sekolah untuk memaklumkan cuti sebelum masa pertama persekolahan.
                                6.3.2   Semasa cuti sakit, guru disyaratkan berada di rumah / hospital (Perintah Am Bab C Hal 17(C)).
                                6.3.3   Sijil sakit hendaklah diserahkan segera pada keesokan harinya.
                                6.3.4   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik swasta tidak boleh dipinda.
                                6.3.5   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik swasta  tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun bagi
                                      pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan dalam wad).
                                6.3.6   Sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital/klinik swasta  tidak boleh melebihi 180 hari dalam setahun bagi
                                      pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam (dalam wad).
                                6.3.7   Sijil sakit yang melebihi 180 hari  setahun sama  ada  berterusan atau putus-putus akan dilkemukaan
                                      kepada JPNT dan KPM untuk kelulusan.
                                6.3.8   Kemudahan  Cuti  Bersalin  Bergaji  Penuh  untuk  penjawat  awam  ialah  300  hari  sepanjang  tempoh
                                      perkhidmatannya.  Guru  /  kakitangan  yang  akan  bersalin  hendaklah  menyempurnakan  borang
                                      permohonan cuti bersalin sebelum bercuti.
                                6.3.9   Cuti bersalin boleh bermula lebih awal dari tarikh bersalin dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka
                                      bersalin.







                                                                                                         27
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37