Page 3 - KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN SMK ST LUKE
P. 3

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN                              2020
                                                                                    SMK ST LUKE



           2.11  Acara Lari berganti-ganti
               Senarai nama  4 orang pelari untuk acara lari berganti-ganti hendaklah dihantar oleh Pengurus Pasukan kepada Ketua
               Penyelia Peserta selewat-lewatnya  30 minit sebelum acara  berkenaan dimulakan.

        3.   PENYERTAAN

        3.1     Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kategori mengikut had umur.
        3.2   Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada dua orang peserta dan seorang simpanan bagi satu
            acara  perseorangan  dan  satu  pasukan  bagi  tiap  –  tiap  acara  berpasukan.  Dua  orang  peserta  untuk  acara  100m,
            110m, 200m dan 400m sahaja dibenarkan. Bagi acara padang setiap pasukan DIBENARKAN  menghantar 3 peserta
            dan seorang  simpanan.
        3.3    Bagi acara berpagar: 110m, 200m dan 400m hanya SEORANG sahaja peserta dibenarkan mengambil bahagian untuk
                 satu pasukan
        3.4    Seorang peserta hanya dibenar mengambil bahagian tidak lebih daripada TIGA (3) acara perseorangan

        4.    KELAYAKAN  AM PESERTA

        4.1   Semua murid yang didaftarkan di Sekolah Menengah St.Luke layak menyertai Kejohanan ini mengikut kategori dan had umur
            seperti di bawah :-

                                Kategori                  Tahun Lahir
                     Kategori 17 TKB                Lahir pada 2003-2004

                     Kategori 15 Tahun              Lahir pada 2005
                     Kategori 14 Tahun              Lahir pada 2006
                     Kategori 13 Tahun              Lahir pada 2007



        5.   PENDAFTARAN PESERTA

        5.1  Pendaftaran peserta hendaklah dibuat  dengan pendaftaran secara online di www. smis.my yang kata pengguna dan kata
            laluan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
        5.2  Semasa membuat pendaftaran peserta, sila pastikan TARIKH LAHIR ,JANTINA dan Gambar peserta adalah betul.
        5.3  Sekiranya silap, pasukan akan menghadapi masalah semasa pendaftaran acara, iaitu peserta akan termasuk dalam acara
            bagi kategori yang salah.
        5.4  Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.
        5.5   Pihak kontinjen juga diwajibkan untuk mencetak slip / kad peserta untuk semua kategori pada kertas warna putih
                sahaja (80gms dan ke atas).
        5.6  Tarikh tutup pendaftaran secara atas talian: 20 Januari 2020 ( ISNIN ) 11.59 malam.

        6.   PENGESAHAN PESERTA
        6.1   Mesyuarat Pengundian dan Taklimat Pengurus Pasukan
            6.1  Mesyuarat Pengesahan dan Undian akan diadakan pada:
                       Tarikh  :  22 Januari 2020 ( Rabu )
                       Masa  :  3.15 petang
                       Tempat : Bilik Mesyuarat Tennant, SMK St. Luke

            6.2 Pengurus Pasukan, Ketua Jurulatih dan Setiausaha Sukan  diminta untuk menghadiri mesyuarat ini.
            6.3 Semua-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan dalam mesyuarat ini.
                  Segala pertukaran dan penggantian peserta atau acara boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.
            6.4 Sebarang penambahan peserta baharu / pertukaran / penggantian tidak akan dipertimbangkan selepas mesyuarat ini.
            6.5 Pengurus pasukan, Ketua Jurulatih dan Setiausaha Sukan kontinjen diminta untuk menghadiri taklimat ini.
            6.6 Semasa taklimat ini, hanya penguguran acara dan penarikan diri tanpa penggantian dibenarkan.


                                                                                                        [Peraturan] 3 / 6
   1   2   3   4   5   6