Page 5 - KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN SMK ST LUKE
P. 5

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN                              2020
                                                                                    SMK ST LUKE




        12.  PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN

        12.1 Paku kasut (spikes) yang dibenarkan ialah tidak melebihi 6mm kecuali untuk Acara Lompat tinggi dan Rejam Lembing tidak
            melebihi 9mm.

        13  HADIAH DAN PENENTUAN JOHAN

        13.1 Hadiah.
            13.1.1 Piala Kejohanan  (Johan hingga tempat ke-6)
            13.1.2 Piala Kategori Terbaik Lelaki dan Perempuan mengikut Kategori Umur (Johan sahaja diberikan)
            13.1.3 Piala Olaragawan dan Olahragawati .
            13.1.4 Pingat akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam semua acara akhir bagi
                    acara Individu, iaitu Emas, Perak dan Gangsa.
            13.1.6 Acara Berpasukan akan diberikan empat pingat kepada setiap pasukan yang berjaya mendapat tempat Pertama,
                    Kedua dan Ketiga.
            13.1.7 Hamper (Johan hingga tempat ke-6)

        14.  PENENTUAN PESERTA TERBAIK

        14.1  Penentuan peserta terbaik adalah berdasarkan pencapaian catatan rekod baharu Kejohanan atau mengatasi rekod
                 MSS Sarawak atau MSSM  (mana yang lebih baik pencapaiannya).
        14.2 Sekiranya tiada rekod dibuat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara Individu akan diambil kira.   Jika pungutan emas
            masih  sama,  pungutan  Perak  dan  Gangsa  dalam  acara  Individu  di  ambil  kira  dan  akhir  sekali  adalah  perbandingan
            pencapaian tertinggi Individu.Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka peserta berkenaan akan diisytiharkan sebagai
            Peserta Terbaik Bersama.
        14.3 Olahragawan dan Olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan (Lelaki dan Perempuan).

        15.  JOHAN KESELURUHAN

        15.1 Johan  Keseluruhan  ditentukan  dengan  jumlah pungutan  mata  yang  terbanyak.   Jika  berlaku seri,  kiraan  pingat  Emas
            terbanyak akan diambil kira dan jika masih seri, kiraan pungutan pingat Perak terbanyak akan diambil kira dan seterusnya.
        15.2 Piala Kejohanan setiap kumpulan umur akan ditentukan dengan jumlah mata terbanyak yang dipungut oleh sesuatu pasukan.
            Jika berlaku seri, maka pungutan pingat akan diambil kira untuk menentukan Johan setiap kumpulan dan seterusnya.

        16.  SARINGAN / SEPARUH AKHIR

        16.1 Dua ( 2 ) Separuh Akhir
                 Tiga ( 3 ) peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua ( 2 ) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada
            kedua – dua separuh akhir layak ke Peringkat Akhir.

        16.2  Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada para 16.1,
            maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama, cabutan undi
            akan dilakukan oleh juri rayuan.

        16.3  Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja Rekod
            dan Statistik.












                                                                                                        [Peraturan] 5 / 6
   1   2   3   4   5   6