Page 6 - KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN SMK ST LUKE
P. 6

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH – RUMAH SUKAN                              2020
                                                                                    SMK ST LUKE



        17.  BIB NO PENGENALAN KONTINJEN DAN WARNA

        17.1 Setiap  Kontinjen  dikehendaki  menyediakan  bib  nombor  peserta  bagi  pasukan  masing-masing.  Nombor  tersebut  mestilah
            dicetak dengan warna HITAM di atas kain putih yang berukuran 20cm x 14cm.
        17.2 Huruf , Kod Rumah Sukan dan Nombor peserta setiap kontinjen adalah seperti berikut:

                     Bil.            Kontinjen             Huruf          Nombor Bib
                      1   Rumah Leggart                     LG            LG01 -......

                      2   Rumah Howell                      HW            HW01 -......
                      3   Rumah Allenby                     AL            AL01 - .....
                      4   Rumah Crossland                   CL            CL01 -......
                      5   Rumah Cornwall                    CW            CW01 -......
                      6   Rumah Danson                      DS            DS01 - .....

        18.   BANTAHAN

        18.1 Segala bantahan hendaklah mengikut Peraturan 147 KOAM / IAAF dan 146 SAAA kecuali perkara-perkara di bawah:
            18.1.1 Jika masalah berkenaan dengan kelayakan status seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
                    sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest)
                    dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihak penganjur.
            18.1.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta
                    dan dimajukan oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Pasukan kepada Referi.
            18.1.3 Permohonan bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada :
                    18.1.3.1 Limabelas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara separuh akhir.
            18.1.4 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

        18.2 Sebarang  bantahan  bertulis  kepada  Juri  Rayuan  mesti  disertakan  wang  pertaruhan  sebanyak  RM100.00  (RM:satu  ratus
            sahaja).  Wang pertaruhan itu akan lupus sekiranya bantahan tidak berasas.

        19.  PEMBATALAN ACARA

        19.1 Semua acara yang didaftarkan akan dipertandingkan.
        19.2 Bagi acara yang penyertaannya kurang daripada tiga (3) maka acara tersebut tidak akan dipertandingkan.

        20.  HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

        20.1 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan, tetapi JK Pengelola berhak meminda susunan
            acara jika difikirkan perlu. Jika berlakunya pemindaan, Pengurus Pasukan akan diberitahu dahulu.
        20.2 JK  Pengelola  berhak  memutuskan  sebarang  perkara  yang  tidak  tersedia  dalam  peraturan  ini  dan  Undang-Undang IAAF
            /KOAM, Peraturan AM MSSS atau Peraturan pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sarawak.
        20.3 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk para peserta dan para pegawai. Individu yang tidak berkenaan dilarang masuk
            ke tempat-tempat khas tersebut.
        20.4 Selain  pegawai-pegawai  teknik  yang  bertugas  dan  peserta-peserta  yang  mengambil  bahagian,  tiada  sesiapa  pun
            dibenarkan masuk ke arena pertandingan kecuali dengan kebenaran Pengurus Kejohanan
        20.5 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta
            benda atau kecederaan lain berlaku:
            20.5.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke Kompleks Sukan Sri Aman
            20.5.2 Semasa Kejohanan berlangsung
            20.5.3 Di dalam dan luar Kawasan Kompleks Sukan Sri Aman

        Walau bagaimanapun, pihak Pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah keselamatan peserta serta pegawai yang terlibat
        sepanjang Kejohanan berlangsung setakat mana yang munasabah.


                                                                                                        [Peraturan] 6 / 6
   1   2   3   4   5   6