Page 24 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 24

•  Kepentingan tradisi
                                  o Dapat menyatupadukan anggota keluarga
                                  o Eratkan hubungan keluarga
                                  o Supaya tradisi tidak pupus
                                  o Dapat terus diwarisi
                                  o  Menghubungkan generasi lama dengan generasi yang baru
                       •  Sebab mengekalkan tradisi perlu diteruskan
                                  o Menghadapi cabaran dan perubahan di luar rumahtangga
                                  o Berupaya menangkis sebarang pengaruh negatif yang mengancam
                                     keruntuhan akhlak
                                 o  Sumbangkan ke arah pembentukan masyarakat harmoni dan bersepadu

                      2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga
                       •  Kewajipan yang ditunjukkan dari aspek :
                                  o Sosial - Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna,
                                     menjaga keselamatan, mendisiplinkan anak-anak, aktif dalam aktiviti
                                     kemasyarakatan
                                 o  Ekonomi - Merancang perbelanjaan dan berjimat cermat agar ekonomi
                                     keluarga dapat diurus dengan baik agar dapat menampung perbelanjaan
                                     harian keluarga, persekolahan anak-anak, perubatan, kecemasan
                                 o  Agama -  Dari segi agama, ibu bapa haruslah bertanggungjawab menjadi
                                     model kepada anak-anak. Mereka haruslah menunjukkan amalan dan
                                     tanggungjawab mereka kepada Tuhan untuk menjadi teladan anak-anak di
                                     samping memberi bimbingan agama yang berterusan kepada anak-anak
                                     agar menjadi insan yang baik

                           Cara nyatakan penghargaan terhadap ibu bapa :
                                 o  Ucapan terima kasih kerana didikan yang baik
                                 o   Belajar dengan lebih tekun untuk membalas jasa
                                 o  Membuktikan kejayaan sebagai tanda menerima dan menghargai
                                     tanggungjawab mereka
                                 o  Memberi mereka kad atau hadiah pada Hari Ibu / Hari Bapa
                       •  Tujuan peraturan di rumah :
                                 o Mendisiplinkan anak-anak
                                 o Melatih anak-anak melakukan sesuatu perkara dengan teratur
                                 o Menentukan anak-anak berjaya dalam bidang yang diceburi
                                 o Melatih anak menepati dan menghargai masa






                                                                 22
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29