Page 45 - NOTA PENDIDIKAN MORAL SPM 2020
P. 45
o Memberi kebenaran bercuti ketika menyambut perayaan besar
o Memberi kebenaran membina rumah ibadat
o Memanjangkan waktu rehat pada hari Jumaat untuk memberi kemudahan
kepada umat Islam melaksanakan solat Jumaat
o Menyediakan tempat sembahyang di kilang atau syarikat bagi umat Islam
melaksanakan tanggungjawab keagamaan mereka
o Memberi wang pendahuluan perayaan kepada pekerja ketika menyambut
perayaan besar
• Bagaimana menghormati kebebasan beragama
o Tidak membantah kemudahan yang diberikan kepada penganut
agama lain melaksanakan tuntutan agama mereka
o Bekerjasama pada masa tertentu bagi melicinkan perjalanan sambutan
perayaan sesuatu kaum
o Bertolak ansur terhadap penganut agama lain semasa melaksanakan
sesuatu upacara keagamaan
o Tidak mengganggu amalan keagamaan penganut lain
o Peka terhadap amalan agama lain dan tidak menghina sesuatu amalan
• Faedah kebebasan beragama kepada rakyat
o Menjaga keharmonian hidup masyarakat yang pelbagai kaum
o Dapat menyatupadukan rakyat yang menganut pelbagai agama
o Merapatkan hubungan sesama jiran yang saling mengunjungi semasa
perayaan
o Berpeluang meraikan sambutan perayaan agama-agama lain
• Bukti hak kebebasan beragama dipraktikkan di negara kita o Setiap penganut
dibenarkan membina rumah ibadat masing-masing mengikut peraturan yang
ditetapkan
o Kerajaan menyokong hak kebebasan beragama dengan memberi cuti
kepada penganut agama tertentu bagi menyambut har kebesaran mereka
o Pihak kerajaan membantu dalam menjaga keselamatan penganut sesuatu
agama semasa menyambut perayaan tertentu, contohnya semasa perarakan
keagamaan
o Penganut setiap agama bebas mengembangkan agama di kalangan mereka
o Setiap penganut agama bebas menguruskan hal ehwal agama mereka
sendiri
• Amalan-amalan umum yang terdapat di semua tempat beribadat adalah :
o Menjaga kebersihan diri
o Menjaga kebersihan persekitaran
o Berpakaian sopan
43

