Page 160 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 160
UNIT11 Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazandusun, Iban,
Orang Asli, Baba dan Nyonya, Portugis dan lain-lain. Setiap kaum menganuti agama dan
kepercayaan masing-masing, antaranya termasuklah Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh
dan animisme. Kepelbagaian ini tidak menghalang rakyat Malaysia untuk menerima dan
menghormati norma dan budaya kaum lain. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keharmonian
dan keamanan. Kepelbagaian ini menjadikan rakyat Malaysia unik di persada dunia. Antara
keunikan rakyat yang terdapat di Malaysia termasuklah perkara seperti yang di bawah:
KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
Kaum Melayu Kaum Cina
Bahasa: Melayu. Bahasa: Mandarin, Hakka, Kantonis,
Makanan: Nasi lemak, rendang, sate. Hokkien, Hainan, Fuzhou,
Pakaian: Baju kurung, baju Melayu. Teochew.
Perayaan: Hari Raya Aidilfitri, Makanan: Dim sum, kuih bulan,
Hari Raya Aidiladha. zongzi, tang yuan.
Pakaian: Ceongsam, samfu, qipao.
Perayaan: Tahun Baharu Cina,
Cap Goh Mei, Dong Zhi.
Kaum India
Bahasa: Tamil, Telugu, Malayalam. Kaum Kadazandusun
Makanan: Tose, idli. Bahasa: Kadazandusun.
Pakaian: Sari, doti. Makanan: Tuhau, hinava, bosou.
Perayaan: Deepavali, Thaipusam. Pakaian: Himpogot, tangkong,
siling, tapi’.
Perayaan: Pesta Kaamatan,
Pesta Moginakan Nunuk
Ragang.
Kaum Iban
Bahasa: Iban.
Makanan: Manuk pansuh, Kaum Punjabi
kasam ikan, salai. Bahasa: Punjabi.
Pakaian: Sirat, kelambi, kain tenun, Makanan: Capati, dhal, saag, lassi.
baju burung.
Perayaan: Gawai Dayak, Gawai Antu, Pakaian: Serban, kurta-pejama,
dupatta, selwar-kameez.
Gawai Batu.
Perayaan: Hari Vesakhi.
152

