Page 163 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 163
Bagi mengatasi cabaran tersebut, semua pihak patut bertanggungjawab dan memainkan
peranan untuk mengekalkan keunikan ini. Sehubungan dengan itu, beberapa strategi perlu
UNIT11
dilaksanakan bagi memastikan keunikan ini berkekalan.
STRATEGI MENGEKALKAN KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
Diri Ibu Bapa Kerajaan
• Menerima dan • Mengamalkan adat dan • Membanyakkan
menghormati keunikan budaya dalam keluarga. aktiviti kesenian dan
semua kaum. • Mendidik anak-anak kebudayaan
• Tidak memandang supaya menerima peringkat sekolah.
rendah adat atau kepelbagaian budaya. • Memartabatkan
kepercayaan kaum lain. • Membawa anak-anak Dasar Kebudayaan
• Mengamalkan adat dan untuk menyertai aktiviti Kebangsaan.
budaya dalam kebudayaan pelbagai • Mewujudkan muzium
kehidupan harian. kaum. mini kesenian
dan kebudayaan.
Setiap individu perlu mengenali dan menerima keunikan rakyat Malaysia agar perpaduan
dan keamanan dapat dikekalkan. Dengan ini, semua pihak dapat hidup dengan perasaan
gembira, bersyukur dan bangga tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan bahasa.
155

