Page 165 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 165

C  Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sangat penting bagi sesebuah
                   negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum seperti Malaysia. Teliti
                                                                                                            UNIT11
                   maklumat berkaitan dengan objektif dasar tersebut.



                                  OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


                      1.  Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

                      2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
                         daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

                      3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
                         dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

                                                                             (Sumber: www.jkkn.gov.my)


               1.  Kumpulkan maklumat tentang strategi pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
                   di Malaysia.
               2.  Rancang satu aktiviti untuk merealisasikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan di  sekolah
                   anda. Persembahkan aktiviti tersebut dalam majlis keraian sekolah.
               3.  Dasar  Kebudayaan  Kebangsaan  dapat  memartabatkan  keunikan  budaya  rakyat
                   Malaysia. Berikan pandangan anda.



               D  Baca  dan  fahami  keunikan  nama  rakyat  Malaysia  mengikut  kaum  dan  etnik.
                   Laksanakan aktiviti memperkenalkan nama anda dan keunikan nama anda
                   bersama-sama dengan rakan di dalam kelas.



                  Lasumin Kasang       Plantar Usak         Chang Mann Lee
                  (Kadazan)            (Bidayuh)            (Cina)



                                                                                Masyarakat kini lebih
                  Saviteri a/p Doraisamy          Bah San a/l Bah Ton             cenderung untuk
                  (India)                         (Orang Asli)
                                                                              menamakan anak mereka
                                                                                dengan nama moden.
                                                                                Berikan komen anda.
                  Santokh Singh a/l Ranjit Singh  Siti Fatimah binti Zainal
                  (Punjabi)                       (Melayu)




                  Charylene binti Surin Rudolf    Bunyak Anak Merang
                  (Dusun)                         (Iban)


                                                                           7.4.2, 7.4.4, 7.4.6      157
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170