Page 6 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 6

PENGUKUHAN
                Bahagian ini mengandungi pelbagai aktiviti
                dan latihan yang dapat mengukuhkan
                pemahaman murid terhadap kandungan unit
                yang dipelajari. Bahagian ini akan membantu
                murid untuk memantapkan pengetahuan dan
                kemahiran dalam unit tersebut.




                                                           PENGAyAAN
                                                           Bahagian ini mengandungi pelbagai aktiviti
                                                           dan latihan yang mencabar minda murid.
                                                           Murid boleh meluaskan pengetahuan dan
                                                           pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
                                                           yang dipelajari dalam unit tersebut.


                PEMULIHAN
                Bahagian ini mengandungi pelbagai aktiviti dan
                latihan yang lebih mudah untuk dilaksanakan
                oleh murid. Bahagian ini akan membantu
                murid untuk menguasai kandungan unit dan
                kemahiran dengan lebih mudah.






                                                             PENILAIAN
                                                             Pelbagai bentuk penilaian disediakan
                                                             pada akhir setiap unit. Bahagian ini akan
                                                             menguji pemahaman murid melalui
                                                             soalan struktur dan soalan esei. Soalan
                                                             penilaian mencakupi semua standard
                                                             yang ditetapkan dalam DSKP untuk unit
                                                             tersebut. Terdapat juga aktiviti yang
                                                             boleh dilaksanakan di luar kelas untuk
                                                             meningkatkan amalan perlakuan moral.
                    Penulisan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 4 menekankan tiga domain utama
                moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Ketiga-tiga domain
                ini diterapkan melalui pelbagai jenis aktiviti dan latihan yang disesuaikan mengikut
                tahap kecerdasan, kebolehan dan kemahiran murid. Ketiga-tiga domain moral ini turut
                dikembangkan bersama-sama dengan penerapan nilai universal untuk membantu
                murid membuat keputusan rasional dalam menyelesaikan permasalahan moral.
                18 nilai universal yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid ada dinyatakan dalam
                QR Code pada halaman akhir buku teks ini.



             vi
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11