Page 8 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 8

Nilai Universal
                               Mengandungi soalan yang berkaitan dengan nilai yang diaplikasikan
                               berdasarkan situasi yang diberikan.




                               Dimensi Moral
                               Mengandungi soalan yang menguji pemahaman murid dalam
                               menyelesaikan sesuatu situasi yang diberikan dengan menggunakan
                               domain moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral.

                               Penaakulan Moral: Keupayaan mental untuk menaakul, iaitu membuat
                               pertimbangan moral dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai
                               demi mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan
                               jahat atau salah.

                               Emosi Moral: Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati
                               nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat
                               sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu
                               yang tidak betul.
                               Perlakuan Moral: Tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan
                               moral dengan emosi moral.



                               Dilema Moral
                               Memberikan fokus kepada situasi yang menimbulkan dilema kepada
                               seseorang untuk membuat pilihan tindakan yang patut dan wajar
                               dalam menyelesaikan situasi tersebut.




                    Akhirnya, penulis berharap agar buku ini dapat memberikan pengetahuan,
                pemahaman dan kemahiran kepada murid. Murid dapat memahami isu moral, membuat
                keputusan penyelesaian masalah moral berasaskan prinsip moral, menyuburkan emosi
                moral ke arah tingkah laku berempati dan adil serta memperkukuh elemen perpaduan
                dalam diri untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni. Di samping itu, murid berupaya
                menghayati dan mengamalkan perlakuan  bermoral secara bertanggungjawab dan
                berintegriti. Buku ini juga diharapkan dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia dan
                dapat memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat serta negara. Semoga
                hasil penulisan buku teks ini dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin.

                Abdul Pabil bin Adam
                Barathi a/p Santhasaran
                Vijayaletcmy a/p Muniyandy



             viii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13