Page 81 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 81
e) Guru Kelas membawa senarai nama murid bagi membuat semakan. Mana-
mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-
merta
12.8 Polisi Keselamatan Sekolah
a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan
sekolah iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan
diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada
semua warga sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan)
c) Semua murid sesi pagi memasuki kawasan sekolah melalui PINTU PAGAR A
dan keluar melalui PINTU PAGAR B, manakala murid sesi petang memasuki
kawasan sekolah melalui PINTU PAGAR A dan keluar melalui pintu PAGAR A
ATAU B mengikut kesesuaian.
12.9 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang
telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
12.10 Pondok Kawalan Keselamatan
a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya
mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar
sekolah.
b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang
ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod
Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
12.11 Keselamatan Akibat Bencana Pandemik Covid-19
a) Memasuki kawasan sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
b) Semua murid mempunyai Kad QR Kod sendiri yang telah disediakan oleh pihak
sekolah. Murid perlu menyimpan kad tersebut dengan baik.
70

