Page 86 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 86
PROGRAM/ AKTIVITI HAL EHWAL MURID TAHUN 2021
1. Pendaftaran Tahun 1
Pendaftaran tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui ‘online’ sebelum sesi persekolahan
awal tahun bermula.Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan
kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang
baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertjuan untuk menerapkan ciri-
ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan meraka dapat menjalankan
tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada
awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun.Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan
secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Latihan Kebakaran dan pertolongan Cemas
Mengadakan latihan kebakaran sebanyak 2 kali setahun. Pihak sekolah juga memanggil
Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan membantu latihan kebakaran, ceramah
keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.
5. RMT/SUSU KWAPM/ BAP/EMK/ SPBT
RMT diberikan kepada murid yang layak bermula minggu pertama persekolahan.
Bagi bantuan KWAPM/ BAP, pembayaran akan diberikan setelah peruntukan diterima oleh
pihak sekolah dan serahan secara tunai kepada ibu bapa/ penjaga.
6. Program Imunisasi Murid Tahun 1
Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberikan pada awal Imunisasi diberikan oleh Klinik
Kesihatan Buntong.
7. Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
diberikan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh klinik tersebut.
8. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke
Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas peperiksaan
UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin
memohon ke Sekolah Berasrama Penuh, Memberi taklimat berkaitan permohonan ke sekolah
75

