Page 83 - BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN GURU 2021_v2
P. 83

DASAR HAL-EHWAL MURID (HEM) SK TARCISIAN CONVENT, IPOH
                       .


               PENDAHULUAN


               Unit  Hal  Ehwal  Murid  sekolah  ini  mempunyai  tekad  dan  komitmen  terhadap  prestasi  murid
               khususnya  dari  aspek  akhlak  dan  sahsiah  serta  ketrampilan  mereka.  ,atas  dasar  inilah,
               matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan,keselamatan dan akhlak
               serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi
               sumbangan kepada bangsa,agama dan negara.
               Kejayaan  cemerlang  sesebuah  sekolah  banyak  bergantung  kepada  bagaimana  sekolah
               menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.

               Atas  dasar  inilah  pihak  sekolah  telah  merancang  dan  melaksanakan  pelbagai  program  yang
               dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai.Kerjasama yang
               erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.



               MATLAMAT
               Membantu  dalam  perkembangan  diri  dan  sahsiah  murid  supaya  murid  berfungsi  sebagai
               individu  yang  seimbang,  berdikari,  berpengetahuan  dan  berkemahiran,  berfikiran  kreatif  dan
               kritikal,  memupuk  potensi  dan  kebolehan  ke  tahap  maksima  bagi  menyuburkan  potensi
               kepimpinan.



               OBJEKTIF

                  •    Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
                  •    Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di
                      peringkat sekolah.
                  •    Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan



               STRATEGI  PERLAKSANAAN

               1.     Sistem Pendaftaran Pelajar.

                      1.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
                      1.2. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan maklumat
                      murid sebelum akhir bulan  Februari.



               2.      Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
                       2.1 Semua murid perlu diberi taklimat Tatacara Displin Sekolah.

                       2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.

                       2.3   Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun Tiga
                             hingga tahun Enam..


                                                            72
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88